Monday, August 19, 2013

Penyokong Nik Aziz Temui Cermin Ajaib Dalam Rusuhan Di Mesir


Blog The Unspinners menyimpulkan bahawa pertempuran dan rusuhan di Mesir telah diperbesar dan digembar-gemburkan oleh PAS dan segelintir pemimpin Islam PKR dalam konteks melonjakkan profil perjuangan menegakkan negara Islam ala PAS. [Baca SINI].

Bagai cerita dongeng yang mengisahkan penyokong Nik Aziz di Mesir menemui 'cermin ajaib' yang jika seekor kucing merenung cermin berkenaan, lantas akan kelihatan seperti seekor singa, maka itulah barangkali itulah perumpamaan yang tepat untuk mengibaratkan perjuangan PAS dalam mendaulahkan Kerajaan Islam di Malaysia.

Hakikatnya PAS gagal mengambil iktibar dari apa yang berlaku keatas gerakan Ikhwanul Muslimin, bukan sahaja dalam menjatuhkan Hosni Mobarak dari tampuk pemerintahan, tetapi juga yang berlaku keatas pemimpin Ikhwanul Muslimin Sayyid Qutb.

Perlu diimbas betapa Sayyid Qutb akhirnya dihukum gantung meskipun membantu Gamal Nasser dalam menggulingkan kerajaan monarki Mesir.

Bukan untuk memperkecilkan sumbangan Ikhwanul Muslimin yang telah terasas selama 85 tahun, tetapi apa yang ingin diingatkan betapa harakah Islam berkenaan sekadar dipergunakan untuk menjatuhkan beberapa rejim di Mesir.

Diawal penentangan terhadap Mobarak, telah timbul jangkaan bahawa Ikhwanul Muslimin bakal disisih oleh gerakan pro demokrasi di negara berkenaan.

Kesilapan utama mungkin berpunca dari doktrin Tahaluf Siyasi yang didenifinasikan sebagai,
Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siyasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, tahaluf siyasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama.
Sesuatu yang boleh dipertikaikan apabila doktrin ini membolehkan kerjasama dengan gerakan yang pernah atau berpotensi menentang ideologi harakah Islam, meskipun ada 2 pandangan ulamak yang menghukumkan haram dan ada pula yang menghukumkan harus.

Dalam konteks politik Malaysia yang PAS dalam kedudukan yang tidak dominan, adalah sukar bagi PAS untuk mencapai matlamat menegakkan daulah Islam.

Sesungguhnya, ini merupakan pembohongan PAS terhadap ahli-ahlinya dan juga mereka yang cenderung dalam harakah Islam.

Rasanya tidak salah untuk mengibaratkan yang penyokong-penyokong PAS telah menemui cermin ajaib di celah-celah runtuhan bangunan dan mayat bergelimpangan di Mesir!

2 comments:

Anonymous said...

Haram menjatuhkan pemerentah Islam,oleh itu bila kita sudah ada pemerentah yg berugama Islam di negara ini iaitu institusi raja-raja dan Umno yg menerajui pentadbiran negara haram kita menubuhkan satu parti lain(Pas dan PKR sekarang ini) utk menjatuhkan pemerintah yg sudah lama ada.Para pemimpin Pas terdahulu sudah tgersilap langkah ,kerana keluar dari Umno dan menubuihkan Pas.

Sekiranya ada sesuatu yg tidak kena berkaitan dgn pemerentah yg ada,jalan terbaik utk memperbaikinya ialah dgn DAKWAH,satu-satunya cara yg di benarkan dan di galakan oleh Islam.Dakwah tidak akan menimbulkan perpecahan dan permusuhan,kerana prinsip utama dakwah ialah HIKMAH.

Ini pandangan saya yg bukanlah seorang ilmuan ugama,berdasarkan apa yg di baca,didengar dan di lihat.

sman

Anonymous said...

sorrylah pencacai PAS taik hijau tu takkan dgr nasihat sdra 10.32. Kita semua tahu Allah amat murka pd puak yg menjatuhkan kepimpinan org Islam wpun org itu tidak berSolat tp selagi mana ia tidak halang kita berSolat. Tp PAS penipu besar. Mereka sndiri pun xjaga Solat tp riuh mereka nk jatuhkan Krjn skrg. Mereka bersekongkong dgn kuffar dan munafik.

Allah SWT sbnrya berikan kita 'cermin' pd Mesir dan PRU13. Jika PAS rampas Krjn dgn cara BLACKOUT 505, tunggulah saat kehancuran yg sama spt Mesir akan berlaku (nauzubillah).

pencacai PAS mereka keras hati dn bg mereka..mereka shj betul, memerangi mereka kunun mcm perangi Islam.. sedangkan mereka sndiri jd musuh Islam..

wallahualam.