Foto dipetik dari Blog Kerengga
Diteliti dari kenyataan demi kenyataan yang dibuat oleh Zaid, tampak bahawa ia tidak konsisten. Sekejap ke BN dan sekejap ke PR. Hal ini tidak menghairankan, kerana kedudukan KITA sendiri yang bebas dari terikat dengan mana-mana perikatan parti-parti utama di negara ini.
Barangkali, saban malam Zaid bungkam dan tidak lena tidur dalam memikirkan haluan mana yang harus dipiih, samada kiri atau pun kanan. Akhirnya, Zaid terpaksa membuat satu keputusan, perlu menjentik UMNO dan berlakon seolah-olah bersimpati kepada DAP. (Baca keratan kenyataan KITA di atas).
Sebenarnya, Zaid nampak lorongan terbaik dengan kekosongan yang bakal ditinggalkan oleh Anwar Ibrahim yag bakal kembali hijrah ke Sungai Buloh. Dalam pada itu, Ku Li telah pun membina platform melalui Angkatan Amanah Warisan Merdeka (AMANAH), yang turut dilihat sebagai persediaan mengisi lompang yang bakal ditinggalkan oleh Anwar. Oleh yang demikian, Zaid harus cepat bertindak. Caranya ialah dengan menzahirkan simpati kepada DAP.
Jelas bahawa Zaid cuba menampilkan dirinya sebagai pilihan selain Ku Li. PR harus dikoordinasi oleh seorang yang liberal lagi moderate dan dalam konteks ini, pemimpin-pemimpin PAS tidak punya ciri-ciri itu. Oleh itu, Zaid mesti tampil untuk memintas Ku Li sebagai seorang pemimpin yang kelihatan lebih muda dan energetik.
Bijak permainan politik Zaid, walhal ketika bersama PKR, Zaid pernah mempelawa Ku Li turut serta bersamanya dalam parti itu.
Tambahan pula, khabarnya Zaid yang memulakan usaha pendaftaran PR secara rasmi namun terbantut separuh jalan, ekoran tindakan Zaid meninggalkan PKR. Usaha ini harus diteruskan. Sekurang-kurangnya, Zaid boleh dicatatkan sebagai tokoh pendaftaran PR.
Teruskan Zaid, kalau anda berjiwa besar. Malang, logo parti KITA mencerminkan anda adalah peminta sedekah untuk jadi Ketua Pembangkang!
No comments:
Post a Comment