Friday, December 9, 2011

MB Selangor Paksa Penduduk Kampung Bayar RM2 Juta Kalau Mahu Geran


Tonton video di atas dan cuba fahami butiran pertengkaran antara MB Selangor TS Khalid Ibrahim dengan penduduk-penduduk Kg Seri Aman yang terletak dalam kawasan DUN Ijok yang diwakili oleh Khalid.

Dari butiran pertengkaran di atas memang sah bahawa Khalid memang telah berjanji akan menyelesaikan pertikaian penduduk Kg Seri Aman dengan Kerajaan BN semasa kempen PRU12. Nyata dalam hal ini, Khalid menangguk di air keruh, disebalik kemelut penduduk Kg Seri Aman dengan pentadbiran Selangor dibawah BN.

Memang awalnya, hasil tanggukan Khalid berbaloi. Tapi kini, di air yang keruh itu yang bakal membuatnya lemas.

Sakit hati diperlakukan dan dimalukan dikhalayak ramai serta diakseskan ke YouTube, akhirnya Khalid bertindak balas kepada penduduk kampung berkenaan. Akhirnya, penduduk kampung dipaksa bayar RM2 juta, kalau mahu tanah dan geran.

Oh Kejam!

No comments: