Suatu fakta yang perlu diketahui bahawa Enakmen Hudud Kelantan yang diluluskan oleh DUN Kelantan pada 25 November 1993, namun ia belum diwartakan. Ini bermakna enakmen tersebut masih kekal sebagai rang undang-undang. (Baca pendedahan di AIDC).
Mengimbas kembali kepada kempen PRU 1990, PAS menggunakan isu perlaksanaan hudud untuk meraih sokongan dan menggambarkan bahawa mereka lebih Islamik berbanding UMNO. Mereka menggunakan slogan "Hari ini menang, esok kita laksanakan hudud".
Saya pernah mendengar ceramah yang disampaikan oleh seorang bekas Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan menjelang PRU 1999 yang memberitahu betapa kelam kabutnya PAS dalam merangka enakmen hudud kerana sering ditanya akan janji mereka pada PRU 1990.
Oleh kerana dalam PAS sendiri tidak punya kepakaran dalam merangka draf enakmen hudud, maka mereka telah mendapatkan bantuan dari salah seorang peguam yang juga ahli parlimen parti Semangat 46 (rakan komponen di Kelantan ketika itu). Baca kisahnya di SINI.
Memang betul andaian bekas pegawai berkenaan, bahawa draf enakmen berkenaan hanyalah semata-mata 'alat' untuk menghadapi PRU 1995.
Oleh kerana ia telah menjadi sejarah, maka generasi muda pro-pembangkang hari ini pun dapat menyaksi dan menyimpulkan bahawa hudud Kelantan dirangka bukan untuk dilaksanakan.
3 comments:
Betull tu... Itu hudud politikk.....
Dirangka penuh dgn error.... utk tidak dilaksanakan.... bukan dirangka atas takutkan Allah swt....
Pelakon2 politik zaman tu yermasuk yg menulis dan meluluskan wajiblah bertaubat selagi ada umur...
Malu pada Allah swt.... hukum dia yg maha adil kamu mempermainkan....
Otai
Persada subang
"Mrk hendak memperdayakan Allah (swt) dan org org beriman, sedang tidak mrk perdayakan kecuali diri (golongan) mrk sendiri sedang mrk tidak menyedari." 2:9.
"Dlm hati hati mrk ada penyakit, mk ditambah Allah (swt) penyakitnya, dan (kelak) bg mrk azab yg pedih disebabkan pendustaan mrk itu." 2:10.
"HUDUD?!!DEYYYY!!! OVER MY DEAD BODY FIRST!"
-Karpal Sink
Post a Comment