Sunday, February 9, 2014

Proses mem'Firaun'kan Anwar Ibrahim Dalam Pakatan Rakyat


Adalah amat malang untuk DAP dan PAS untuk mempercayai alasan-alasan Anwar Ibrahim yang sengaja mencipta PRK Kajang dan kemudiannya menamakan dirinya sebagai calon di kawasan tersebut.

Pemimpin-pemimpin DAP dan PAS akan kelihatan amat bodoh jika menerima alasan Anwar yang mengatakan untuk mengekang kemaraan tindakan agresif UMNO Selangor yang memainkan sentimen agama.

Mereka turut dipedayakan dengan dendangan Anwar yang berhasrat menjadikan Kajang sebagai asas perjalanan ke Putra Jaya.

Para pemimpin DAP dan PAS bagai tidak dapat menghidu yang permainan Anwar ini adalah suatu proses untuk mem'Firaun'kan dirinya dalam Pakatan Rakyat.

Anwar sesuka hati boleh mengarahkan seorang wakil rakyat untuk berhenti dan kemudiannya menobatkan dirinya untuk mengambilalih tempat tersebut.

Apakah Anwar adalah 'super hero' yang mampu mengekang Selangor dan seterusnya merintis jalan ke Putra Jaya dengan hanya menjadi Adun biasa? Jika jawapannya adalah 'ya', Anwar boleh melakukan dengan kedudukannya sebagai Ketua Umum PKR dan Ketua Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, tanpa perlu menjadi salah seorang Adun di Selangor.

Jika selepas ini Anwar menjadi MB Selangor, andai menang di Kajang maka ia akan menunjukkan belangnya yang sebenar.

Awal tahun ini Anwar ada mengatakan kepada anggota-anggota PKR, "My name is Anwar Ibrahim and I used to be the next Prime Minister,' dalam satu majlis dialog di Puchong.

Ungkapan itu sudah cukup untuk membuktikan betapa kuatnya keazamannya untuk menjadi Perdana Menteri, tanpa mempeduli proses yang perlu dilalui dalam PKR dan seterusnya dalam Pakatan Rakyat.

Ini bermakna keberadaan para pemimpin DAP, PAS dan apatah lagi PKR adalah sekadar untuk menerima apa jua arahan dari Firaun, Anwar Ibrahim.

Realiti yang Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Hadi Awang dan Mohamad Sabu harus terima ialah dalam pada mereka berasa begitu allergic terhadap 'Ketuanan Melayu', mereka kini dihimpit oleh 'Ketuanan Anwar'!

No comments: