Thursday, February 13, 2014

Silap Besar Bila Noh Omar Tidak Raikan Kejayaannya Perangkap Khalid Samad Untuk Mengaku 'God' Tak Boleh Diterjemahkan Sebagai 'Allah'


Tanpa publisiti, akhirnya debat antara DS Noh Omar dengan YB Khalid Samad telah pun berlangsung awal minggu ini di MOB TV, selepas pembatalan debat anjuran akhbar Sinar Harian. Namun debat antara Ketua Perhubungan UMNO Selangor dengan Ahli Parlimen PAS Shah Alam, lebih diarahkan dalam bentuk muzakarah yang dimoderatorkan oleh Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz dengan tajuk 'Muzakarah - Kalimah Allah : Dari Sudut Perundangan'.

Berbeza dengan Noh, Khalid bagai meraikan kemenangannya di blognya, dengan memperlekeh lawan debatnya sebagai bukan pakar dalam perlembagaan mahu pun dalam hukum hakam Islam.

Saya cuba memdapatkan kenyataan susulan Noh berhubung muzakarah berkenaan melalui blognya 'Dari Pena Noh Omar' tetapi gagal, kerana laman tersebut kemungkinan telah ditutup. Sebelum ini, laman ini pernah wujud dan dibuktikan dari petikan di bawah:-


Ini menimbulkan persoalan, apakah Noh kini tidakyakin dengan penyebaran maklumat melalui media baru?

Sebaliknya Noh hanya menguar-uarkan di Twitternya dan menyerahkan sepenuhnya kepada khalayak untuk membuat penilaian terhadap muzakarah berkenaan.


Pada pandangan saya, amat sukar untuk kebanyakan dari kita untuk meluangkan masa untuk menonton video yang berdurasi 88:35 minit.

Namun begitu, sebagai rumusan setelah menonton keseluruhan video muzakarah tersebut, saya menyimpulkan;
  • Mempertontonkan sifat riak Khalid yang bukan sahaja mempertikaikan undang-undang, malah mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa termasuk keputusan Majlis Syura Ulamak PAS. Khalid lebih bercakap dari perspektif politik, berbanding membicarakan soal asas berkenaan penggunaan kalimah 'Allah'.
  • Khalid terperangkap dengan sikap dolak-daliknya dan akhirnya mengaku bahawa 'God' dalam Bible tidak boleh diterjemahkan kepada 'Allah' dalam bahasa Melayu.
  • Noh berjaya berjaya membuatkan Khalid terkedu apabila didedahkan bahawa Enakmen pengawalan pengembangan ugama Islam telah terwarta di Kelantan pada lebih lama dari Selangor dengan hukuman denda maksimum RM10,000, penjara maksimum 5 tahun dan termasuk hukuman sebat. Begitu juga enakmen di Pulau Pinang telah diluluskan pada 2004 dan telah dikuatkuasakan pada era pemerintahan DAP (2010) dengan hukuman denda maksimum RM2,000 dan hukuman penjara maksimum 2 tahun. Sebaliknya, enakmen di Selangor sekadar denda RM1,000 sahaja.

5 comments:

Anonymous said...

Adakah sama org yg mengetahui dgn org yg tidak mengetahui? Lihat berbeza sgt, seorg dgn fakta2, siap buat preparation dgn bukti2. Sorang lagi....lenggang kangkung. Bgi yg cerdik pandai ..dpt berfikir...buka minda, dpt menilai sendiri. Sorang x bnyk cite slps muzakarah tu...cuma suruh org nilai sendiri...sorang lgi cerita abis angkat diri kt blog sendiri. Pihak yg angkat diri tu..adalah pihak yg xde bawa fakta....tpi lenggang kangkung. Rakyat berfikiran..boleh nilai sendiri.

Grand Marquis said...

Saya membuat satu jawapan balas di blog Khalid Samad dalam isu beliau meraikan "kejayaan beliau"

Boleh rujuk di blog saya
Kepandaian Yang Tak Kena Tempat – Satu Jawapan pada YB Khalid Samad

Anonymous said...

Simple logic common sense, siapa KS compare to ahli ahli Majlis Fatwa, even siapa KS ni compare to ahli ahli dewan syura PAS sendiri.
Jahil yg tak sedar diri, bukan boleh dinasihati. Pd puak puak hijau yg dok sorak tu, please la jgn tunjukkan sgt kejahilan tu.

Anonymous said...

Agak memalukan apabila 2 org Islam berdebat mengenai isu Allah. Bukankah nmpknya seperti kita dipermainkan. Dimanakah golongan2 yg mula-mula mengbangkitkan isu ini. Bukanlah mereka sedang bertepuk tangan sambil mengatakan.... hey lihatlah 2 org muslim ini bergaduh disebabkan kita ..haha. bayangkan 10% penduduk kristian di malaysia mampu memecah belahkan 60% penduduk Islam. Bukankah ini menunjukkan perpecahan yg wujud di kalangan kita sudah masuk ke peringkat yg parah??

Grand Marquis said...

Sambungan dari isu debat Noh Omar dan Khalid Samad

Ulasan Debat antara YB Khalid Samad dan YB Noh Omar – Bahagian 1