''Setakat ini, apa yang jelas, AirAsia akan mendapat lebih manfaat terutamanya daripada segi kejuruteraan dan penyelenggaraan (MRO) dan juga latihan kakitangan kerana MAS diakui antara terbaik di bidang itu.
''Ada pendapat mengatakan dengan kerjasama ini, pesawat boleh dibeli dalam jumlah yang banyak dan menjimatkan kos. Namun hakikatnya, penjimatan masih boleh diraih dalam pembelian berjumlah kecil jika mempunyai kepandaian berunding,'' - Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman (Bekas Pengarah Urusan MAS)
Wujudnya syarikat penerbangan kebangsaan bukan berdiri dengan sendiri. Sebaliknya, lahirnya MAS adalah dari sejarahnya tersendiri. [Rujuk Wikipedia].
Apabila AirAsia secara berani mengambilalih penerbangan kebangsaan itu, maka mereka juga harus juga secara berani memikul amanah negara.
Logo Malaysia Singapore Airlines
Logo awal Malaysia Airlines System
Pesawat awal dan logo Singapore Airlines
Dalam pada itu apa yang tersirat disebalik cadangan pegangan 20.5% Khazanah keatas MAS?[Baca SINI].
Disamping itu, siapa pula bakal peneraju MAS? [Baca SINI].
1 comment:
On paper dan ayat yang digunakan memang nampak cantik dan bagus..tetapi nampak macam ada yang meragukan.
1) Kenapa Nilai pertukaran saham disandarkan berdasarkan nilai spekulasi bukan berdasarkan nilai aset dan hutang kedua-dua syarikat…cuba perhatikan pergerakan saham…semasa perbincangan sedang dijalankan saham Airasia meningkat naik dan dan saham Mas meningkat turun…ini bermakna bahawa ketika penentuan harga saham, saham airasia tinggi dan Mas rendah dan ini menjadi faktor utama kenapa Tune Air mendapat 20.5 peratus dalam MAS dan MAS cuma mendapat 10% dalam Airasia…dan selepas perjanjian itu saham Airasia turun (nilai pegangan khazanah turun tetapi saham MAS naik, nilai pegangan Tune Air Naik…Tony untung)
2) Air Asia X mengalami persoalan tentang ketentuan dalam operasi masa depan mereka dan menjadi halangan dalam usaha mereka untuk menyenaraikan Air Asia X dan bagi mendapat harga yang baik, Perjanjian ini telah membantu Air Asia X memecahkan kebuntuan ini dengan mencanagkan kepada pelabur luar bahawa mereka mempunyai masa depan yang cerah terutama berjaya mematikan persaingan dari MAS, serta harapan cerah untuk mendapat hak pendaratan.
3)Agak aneh apabila 2 pegawai Eksekutif Airasia , dilantik menduduki jawatankuasa Exco MAS. Adakah khazanah percaya dan yakin bahawa kedua-dua mereka akan membuat keputusan yang lebih menguntungkan MAS dari Airasia apabila perlu membuat sesuatu keputusan kritikal yang melibatkan kedua-dua pihak pernerbangan.Dimana dalam pihak perngurusan dan eksekutif tertinggi Airasia tiada ada seorang pun wakil MAS yang mempunyai kuasa untuk memastikan bahawa keputusan dalam Airasia tidak merugikan atau bersaing dengan MAS.
2) Dari segi apakah yang MAS dapat manafaat dari AIRASIA, secara umum hampir semua bidang kolibrasi dengan nyata MAS mempunyai kelebihan berbandingan dengan Airasia.
3)Adakah ini bermakna bahawa firefly tidak akan menjadi penerbangan komuniti tambang murah? Maka Airasia berjaya melenyapkan persaing mereka, dengan cara mengubah konsep syarikat penerbangan firefly dengan menggunakan cadangan datang dari khazanah atau Exco pengurusan MAS.
4)Apakah perjanjian ini betul betul memberi manafaat kepada MAS atau lebih kepada menjadi tunggangan Tune Air untuk mencapai impian besar mereka.
5)Sekiranya sekarang ini saya masih boleh berpeluang untuk terbang dengan menggunakan MAS pada harga yang lebih rendah dari Airasia dan mendapat layanan 5 bintang, adakah dengan perjanjian ini maka MAS hanya untuk mereka yang membayar harga premiuem sahaja? Adakah ini bermakna rakyat biasa sukar menaiki syarikat penerbangan negara melainkan membayar harga premium?
6)Adakah firefly masih dibenarkan menawarkan harga tiket rendah seperti sekarang yang nyata lebih baik dari AIRASIA dan masih memberi khidmat dan layanan yang lebih baik dari AIRASIA.(Snack,minuman,check-in barangan,ketepatan waktu)
7)Adakah perjanjian ini diadakan demi kebaikan MAS atau kerana kecekapan sesetengah pihak yang pandai melobi?
8)Adakah Wakil Airasia didalam pengurusan MAS boleh berlaku jujur dan ikhlas untuk menguntungkan MAS dengan mengorbankan keuntungan peribadi, Kerana wakil Airasia akan mendapat lebih untung jika keputusan yang dibuat memenangkan AIRASIA, apalah dengan pegangan 20.5% dalam MAS jika dibandingkan dengan pegangan meraka dalam airasia, Ini jelas conflict of interest.
Jangan akhirnya MAS dikawal oleh tangan ghaib "AIRASIA" melalui restu khazanah...dan adakah berani MD MAS yang dilantik membuat keputusan yang akan mengakibatkan persaingan atau bertentangan dengan nafsu dan kehendak AIRASIA...
MAS adalah syarikat penerbangan negara yang mempunyai tanggungjawab kepada negara dan rakyat dan bukan sekadar membuat duit dengan menekan penumpang. You take it or you leave it!! itulah concept airasia.
Saya ucapkan selamat maju jaya kepada MAS, semoga MAS tidak diperkudakan oleh mana-mana pihak, dan keputusan ini dibuat setelah khazanah membuat penilaian sewajarnya dan bukan sekadar “buddy-buddy” arrangement.
Post a Comment