Friday, August 19, 2011

Bila Puak Pakatan Buat Tazkirah, Kekadang Buka Aib Diri Sendiri

Kalau Pakatan Rakyat nak buat propaganda di sempena terawih di bulan Ramadhan yang mulia ini, homework sepatutnya dibuat. Jangan redah semacam sahaja dan akhirnya jemaah meluat.

Baru-baru ini Ustaz Badrol Amin (yang pernah menyetankan ulamak) telah ambil kesempatan bertazkirah di sebuah masjid di Pelabuhan Klang. Yang baik itu, memanglah jemaah ambil tapi bila bab tak baik dibuka, bak menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri.

Memang bagus juga bila Badrol Amin pukul orang yang tak datang masjid. Tapi sebenarnya, yang dipukul bukan orang UMNO atau PAS dalam kariah tapi bak menghantukkan kepala Ketua Ranting PKR dalam kariah berkenaan ke dinding masjid.

Jangankan ke masjid, kenduri-kendara dan kematian memang tak nampak muka. Orang kuat PKR dalam kariah tersebut hanya tahu, gantung bendera PKR, DAP dan PAS dan tampal artikel dari Harakah, Selangorkini dan Suara Keadilan di satu ruang di depan rumahnya.

Berbalik kepada bab tazkirah, kalau diselitkan dengan propaganda politik orang jadi menyampah. Lantas, reaksinya ialah bangun dan keluar dari masjid.

Seperkara, yang kebetulan tuhan nak tunjuk, pada waktu asar pemimpin UMNO Bahagian dengan senyap-senyap telah solat asar di masjid yang berkenaan. Lepas solat, pemimpin UMNO Bahagian berkenaan, cari pegawai masjid, beri sumbangan RM1,000 dan terus beredar, tanpa minta untuk berucap pun!

No comments: