Foto : The Star
Di Sg Jarum, tiada pemilihan apabila penyandang Tan Ching Hin tidak menerima sebarang cabaran. Sementara 2 minggu lalu, penyandang jawatan di Kampung Bagan, Pulau Ketam Cha Keng Lee kembali menyandang jawatannya apabila menewaskan pencabarnya Chua Chin Song dengan undi 749 berbanding 450.
Semalam, calon wanita Low See Mee memenangi pemilihan Ketua Kampung Pandamaran, apabila meraih 1,076 undi meninggalkan pencabar terdekat Tee Boon Hock yang mendapat 835 undi. Dalam pertandingan 6 penjuru tersebut, 4 calon telah hilang wang pertaruhan, RM500 setiap calon.
Dari kedua-dua pemilihan tersebut, ternyata jumlah keluar mengundi adalah amat rendah. Di Kampung Bagan, Pulau Ketam peratusan mengundi adalah sekitar 33% daripada lebih 3,000 yang layak mengundi.
Sementara di Pandamaran, peratusan keluar mengundi adalah dibawah 20% daripada lebih kurang 13,000 yang layak mengundi. Tambah menarik, ada bantahan dari calon apabila Low See Mee didakwa membina pondok panas berhampiran pusat mengundi.
Kesimpulannya, perjalanan pilihanraya tersebut gagal dan tetap dipertikaikan meski pun dikendalikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Khabarnya, ketiga-tiga pilihanraya tersebut menelan belanja RM60,000.
Apa komen Ambiga?
No comments:
Post a Comment