Wednesday, August 10, 2011

Pertandingan Proksi-Proksi DAP Dalam Pemilihan Ketua Kampung Baru Pandamaran


Aku ada seorang teman dari Subang Jaya. Kalau kami bersama dalam satu kereta, sering berlaku argument dalam soal politik sebab dia ni penyokong DAP

Pagi tadi, kebetulan melalui Balai Polis Kampung Baru (New Village) Pandamaran, terpampang pemidang dengan wajah Tee Boon Hock bekas orang kuat DAP Klang yang disingkir ekoran isu penggunaan letter head ahli exco Ronnie Liu. Tee Boon Hock merupakan antara calon yang bertanding untuk jawatan Pengerusi JKKK (Kg Baru) Pandamaran.

Bila melihat pemidang itu, temanku berkata "Wah.... it will be between PR and BN".

Aku menjawab selamba, "No... it is between DAP proxies!".

Laporan berkenaan pencalonan pemilihan JKKK (Kg Baru) Pandamaran, baca SINI.

No comments: