Monday, November 24, 2014

Kedudukan Azmin Goyah Bila Kesemua Adun DAP Tidak Mengundi Calon PAS Sebagai Timbalan Speaker DUN Selangor


DAP mengantar isyarat kepada Azmin Ali, bahawa kedudukannya sebagai MB Selangor adalah tidak selamat.

Melalui Adun-Adun DAP dalam DUN Selangor, mereka telah memprotes pencalonan Adun PAS Bangi Mohd Shafie Ngah, dengan mencalonkan Adun DAP Sekinchan Ng Suee Lim untuk bertanding dalam pemilihan Timbalan Speaker yang dikosongkan oleh Adun Seri Setia Nik Nazmi yang telah dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Meski pun sekadar mendapat 14 undi melalui undian sulit, adalah sukar untuk menafikan bahawa kesemua undi tersebut datangnya dari Adun DAP (DAP mempunyai 15 Adun termasuk Speaker Hannah Yeoh).

Shafie menang dalam undian tersebut dengan meraih 28 undi, sementera kesemua 12 Adun BN mengambil pendirian untuk berkecuali.

Pendirian DAP Selangor membawa natijah besar yang menggambarkan betapa;

  • Menunjukkan sifat tamak DAP untuk membolot jawatan Timbalan Speaker meskipun jawatan Speaker sedia disandang oleh mereka;
  • Kedudukan PAS dalam Kerajaan Pakatan Selangor umpama melukut di tepi gantang dan tidak diperlukan;
  • Kedudukan Azmin juga goyah dan DAP menunggu lampu hijau dari DS Anwar Ibrahim untuk membawa usul undi tidak percaya kepada MB Selangor tersebut.
Rasanya, PAS pusat masih berpendirian 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong' dalam sikapnya terhadap DAP.

Anda nilailah sendiri!

2 comments:

Anonymous said...

pas tanpa dap jangan berangan nak berkuasa...jadi pas lebih perlukan dap dari dap perlukan pas..walau pun terpaksa jilat segala2nya..apa jenis parti konon perjuangkan islam ni..

Anonymous said...

PAS=UMNO=PKR=Penjilat burit cina cina DAP/MCA/Gerakan

Korang semua tak nampak jelas lagi ke semua pemimpin Melayu kita takde telor dan gila kuasa dan harta je ?

Pukimak lancaukan diorang ni semua. Bajinagn anjing diorang ni semua.