“Saya seorang yang bodoh tetapi sebodoh-bodoh saya, masih dapat membezakan mana yang bengkok dan mana yang lurus” – Muda
Sekali lagi YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan YB Rodziah Samad, ADUN Batu Tiga ingin menjadi juara dalam isu kuil. Malam tadi 13 Disember 2009, mereka telah tampil dalam perjumpaan dengan para penduduk Flat Perumahan Kos Rendah Sungai Rasau yang rata-ratanya merupakan bekas setinggan Kg Rimba Jaya dengan Majlis Bandaraya Shah Alam. MBSA diwakili oleh Timbalan Datuk Bandar.
Jika sebelum ini saya hanya mendengar atau membaca blog yang mengatakan Khalid dan Rodziah yang menjadi punca kepada kemelut isu kuil di Seksyen 23, Shah Alam tetapi apabila turut hadir dalam perjumpaan di Sungai Rasau tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa kedua-dua orang wakil rakyat ini bukanlah penyelesai masalah. Sebaliknya mereka ini adalah lebih kepada penimbul masalah.
Perjumpaan tersebut dimulakan dengan ucapan Khalid Samad. Didalam ucapanya antara lain Khalid memaklumkan kepada para penduduk bahawa terdapat percanggahan dalam penentuan tapak kuil. Satu pihak dikatakan telah memohon supaya tapak kuil dipindahkan ke kawasan parkir kereta yang keluasan kawasannya 4,000kp dan ini bermakna lot parkir penduduk flat terpaksa dikorbankan. Satu pihak lagi mahukan kuil tersebut kekal di tapak asal yang keluasannya 10,000kp.
Penduduk juga dimaklumkan bahawa pengundian akan dijalankan tetapi bukan pada ketika itu. Sebaliknya pengundian akan dibuat dalam bentuk bancian atau soal selidik dari rumah ke rumah. Jelas Khalid lagi, kaedah ini berbeza dengan kerajaan sebelumnya yang lebih berat kepada keputusan dibuat oleh pihak berkuasa negeri. Sebaliknya Kerajaan PR menyerahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan. Beliau juga berharap agar perbincangan didalam perjumpaan tersebut akan berjalan tanpa pengaruh emosi dan secara terbuka.
Semasa giliran Rodziah, beliau tidak berucap panjang atas alasan semua perkara telah dijelaskan oleh Khalid.
Apabila majlis dibuka untuk perbahasan, seorang penduduk bernama Muda telah menghujahkan bahawa:-
- Rata-rata penduduk beragama Hindu mahukan kuil kekal ditempat asal yang berkeluasan 10,000kp dan ini bermakna tiada keperluan untuk mengorbankan kawasan parkir seluas 4000kp.
- Mempersoalkan rasional penglibatan penduduk dalam membuat keputusan, walhal masalah boleh diselesaikan diantara pihak berkuasa negeri dan pemaju.
Saya melihat sendiri yang hujah-hujah Muda telah mendapat respons dari semua bangsa, melalui tepukan gemuruh yang diterima dalam setiap hujahnya. Malah yang lebih menariknya, Muda memberitahu khalayak bahawa dia seorang bodoh. Akan tetapi, sebodoh-bodoh dirinya masih dapat membezakan antara yang lurus dan yang bengkok.
Rodziah kemudiannya memberi alasan bahawa sekiranya penerimaan cadangan mengorbankan kawasan parkir akan lebih memudahkan pembinaan kuil kerana ia dibawah bidang kuasa MBSA. Sebaliknya, sekiranya penduduk mahukan di tempat asal maka ia akan memakan masa untuk kelulusan.
Sebagai orang biasa di peringkat akar umbi saya berasa pelik dengan jawapan Rodziah kerana beliau ialah anggota Exco Kerajaan Negeri. Apa yang jelas kedua-dua mereka begitu mudah untuk cuci tangan, disamping bukannya untuk menyelesaikan masalah tetapi untuk menimbulkan masalah yang lain seperti yang telah mereka lakukan di Seksyen 23.
5 comments:
SLM BRO..CKP MMG MUDAH DARI MELAKUKAN. SBB TU 2 EKOR LEMBU PAKATAN TU SUKA MAIN TARIK2 TALI ANTARA KERAJAAN NEGERI DAN RAKYAT SAMPAI SKRG..MOOOOOOOOOOO!!!
PAS kata UMNO khianat Islam dan Melayu....
pkrpasdap.blogspot.com
ini lagi satu manusia yg pling bodoh yg prnh ak jmp.memang bangang tul penulis blog ni.ak rasa ko kene g bljor sjrh islam dulu la.
dey dagey, apa dia sejarah islam yang kau nak ajar? bagi fakta sikit. jgn semberono saja cakap.
dey degey gilo meroyan, dia sebenarnya bodo dikatanya orang. Orang nak ajak berbincang pun dia tak paham.ORANG GILO MANO NOK NGAKU DIO GILO..............
Post a Comment