Tuesday, September 9, 2014
Persefahaman Terbaru Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat - Merungkai Misteri Kehilangan Buku Jingga
Dalam sepak terajang antara sesama pemimpin Pakatan Rakyat berkenaan isu perlantikan MB Selangor, tidak kedengaran sama sekali kesemua mereka menyebut untuk kembali kepada 'Buku Jingga' yang menjadi asas persafahaman dikalangan mereka.
'Buku Jingga' yang dilancarkan pada 19 Disember 2010 sempena Konvenyen Pakatan Rakyat Kali Ke2, di Pulau Pinang, begitu hangat diberi promosi diperingkat awal pelancarannya. Namun disaat-saat pertelingkahan sesama sendiri, tidak seorang pun kalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat untuk mengembalihkan idealisme yang menjadi persefahaman tersebut.
Kecuali Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang yang meskipun agak janggal untuk menyebut secara direct agar kembali kepada 'Buku Jingga' (kerana sebagai pemimpin harakah Islam, adalah lebih manis kalau beliau menyebut kepada Al-Quran dan Sunah), ada menegaskan berkenaan deklarasi bersama itu ketika sesi penerangan di Marang, minggu lalu.
Beliau menegaskan bahawa PAS berpegang kepada 3 asas persefahaman bersama iaitu Islam sebagai agama persekutuan seperti disebut dalam perlembagaan, mempertahan peranan dan kuasa institusi raja menurut konsep raja berpelembagaan dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi seperti tercatat dalam perkara 152, Perlembagaan Persekutuan.
Barangkali Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat meskipun tidak dizahirkan melalui pengucapan, tetapi melalui tindak tanduk mereka yang berperang sesama sendiri ketika ini, telah sepakat bahawa 'Buku Jingga' sudah tidak relevan kepada mereka. Malah, mereka mungkit sepakat mengatakan 'Buku Jingga' hanya layak dibaca didalam tandas!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment