Dalam meniti hari-hari terakhirnya sebagai MB Selangor, TS Khalid Ibrahim meskipun tewas kepada Ketum Anwar Ibrahim dari segi percaturan politik, tetapi jelas kali ni Khalid terang-terang mengenakan Anwar.
Menurut laporan BNBC, hari ini telah termeterai Perjanjian Utama bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Dengan termeterainya perjanjian utama itu, Air Selangor Sdn Bhd, entiti yang sebelum ini dikenali sebagai Pengurusan Air Selangor, akan mengambil alih operasi dan penyelenggaraan loji rawatan air serta perkhidmatan pembekalan air yang sebelum ini dilakukan empat syarikat konsesi.
Umum mengetahui tindak tanduk Khalid dalam menangani proses penstrukturan ini tidak begitu disenangi oleh Ketum Anwar. Malahan, Khalid diperingkat awal lagi mengeluh dan mendedahkan adanya campur tangan dari pemimpin-pemimpin PKR dalam terhadap penilaian aset air di Selangor (Baca The Unspinner).
Blog Akar Umbi, dari awal mengikuti perkembangan ini dan telah pun mempersoalkan, mengapa SPLASH (salah satu dari pemegang konsesi) enggan menerima cadangan penstrukturan semula industri air Selangor? Hakikatnya, Anwar boleh dari awal lagi boleh membantu Khalid untuk menyelesaikan isu berbangkit dan kaedahnya boleh baca SINI.
Apabila Khalid menerima tekanan supaya melepaskan jawatan sebagai MB Selangor sehingga membawa kepada pemecatannya, timbul desas-desus mengatakan bahawa Anwar cuba mendapat RM2.25 bilion dari transaksi tersebut.
Dalam pada itu, blog The Selangor Chronicle melaporkan Khalid berdegil untuk membayar RM250 juta kepada SPLASH.
Sebenarnya, perjanjian yang dimeterai pada hari ini bagai menjadi senjata Khalid untuk menjerut Anwar. Nilai transaksi telah berubah dari RM9.65 bilion kepada RM7.45 bilion, yang secara langsung menunjukkan perbezaan RM2.2 bilion.
Jadi, apakah ini pembuktian Khalid yang Anwar pernah mengarahkannya meletakkan nilai RM2.25 bilion terhadap SPLASH?
5 comments:
Bravo TSKI, jerut BAng Non Al-Juburi tu kao2...kalau boleh jerut kat totoi bengkok dia tu, biaq putus. Aman sedikit bumi melaya ni......
Manusia bernama Anwar ni tak tau malu... da kluar segala keaibannya pon masa gila kuasa.
Belasah terus. Jgn berhenti. Hari2. Kacau lagi. Dedah lagi. Raayat nak tahu. Lagi dan lagi.
Tski lepas kena pecat tambah hebat. Muka happy je. Tak mcm kwn kita tu. Patut le raayat Selangor sayang sama Tski. WA CAYA SAMA LU.
Tski jagalah Selangor baik2. Jgn sampai jatuh ke tgn lanun dan perompak yg sentiasa mengintai peluang. Diharap tuanku sultan perihatin dan tidak melepaskan kuasa pemerintahan negeri selangor ketangan mereka2 yg diragui.
Post a Comment