Acapkali bila bercakap mengenai pelan penstrukturan semula industri bekalan air Selangor yang diinisiatifkan oleh MB Selangor TS Khalid Ibrahim dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KTTHA), Ketua Umum PKR DS Anwar sering membuat kenyataan bahawa pada dasarnya menyokong usaha Khalid.
Dalam pada itu, Khalid cuba mempopularkan dirinya melalui penandatangan MoU dengan KTTHA, malah dengan bangganya mengatakan bahawa Selangor tidak mengeluarkan 1 sen duit pun untuk tujuan pengambilalihan aset dan operasi air Selangor, meskipun ia adalah melalui bantuan kerajaan persekutuan (baca SINI).
Umum melihat bahawa adalah mudah untuk Khalid mempengaruhi pemegang-pemegang konsesi pembekal air terawat yang terdiri dari Puncak Niaga, ABBAS dan SPLASH serta pemegang konsesi pengagihan air, SYABAS.
Puncak Niaga dan SYABAS (syarikat yang dikuasai oleh Puncak Niaga) yang sering ditekan oleh Kerajaan PR Selangor dalam operasi bekalan air Selangor dan dianggap sebagai syarikat UMNO. Samada suka atau tidak syarikat yang dikuasai oleh TS Rozali Ismail, dilihat bagai tidak sanggup lagi menerima tekanan dari kerajaan dari Khalid Ibrahim.
Sementara ABBAS pula dikuasai sepenuhnya oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB - GLC Selangor) dan SPLASH pula dipegang oleh Gamuda (40%), Sweet Water Alliance (30%) dan Perangsang-anak syarikat KDEB (30%).
Tarikh akhir bagai pemegang-pemegang konsesi untuk menerima tawaran pengambilalihan yang berjumlah RM9.65 bilion ialah pada 10 Mac 2014. Namun, Khalid menghadapi dugaan yang tidak terjangka olehnya.
Puncak Niaga dan SYABAS telah memberikan persetujuan bersyarat, sementara SPLASH telah menolak tawaran tawaran tersebut.
Di bawah adalah laporan yang dipetik dari The Edge;
Gamuda yang menguasai 40% dalam SPLASH sememangnya tidak bersetuju, tetapi jika Wan Azmi melalui Sweet Water Alliance boleh membentuk suara majoriti 60%, jika bergabung dengan Perangsang yang merupakan GLC Selangor.
Tindakan Wan Azmi bagai menarik hand brake bagi pihak Anwar, dengan tujuan merencat perencanaan Khalid.
Atau sememangnya ada campurtangan dari pemimpin PKR untuk pow pemegang konsesi, seperti yang disyakki oleh blog The Unspinners, baca SINI.
Namun begitu menurut laporan The Malay Mail, Khalid dan KTTHA masih punya pilihan melalui penguatkuasaan Seksyen 114, Akta Perkhidmatan dan Industri Air 2006.
No comments:
Post a Comment