MB Selangor TS Khalid Ibrahim telah diberi sambutan wira oleh komuniti Cina Kajang sempena majlis makan malam di Sg Chua, Sabtu lepas.
Perhatikan foto atas, betapa hangatnya sambutan kepada Khalid yang bakal terus kekal sebagai MB Selangor, selepas Anwar Ibrahim 'kalah tanpa bertanding' dalam PRK Kajang.
Dalam penerangan mengenai penstrukturan semula industri bekalan air Selangor yang dipersetujui antara Kerajaan Selangor dengan Kerajaan Persekutuan, Khalid dengan bangganya memberitahu bahawa kerajaan negeri tidak mengeluarkan walau 1 sen pun untuk pengambilalihan operasi air Selangor.
Malahan, Khalid tidak sama sekali mengucapkan terima kasih kepada PM DS Najib Razak dan kerajaan pusat, atas pembiyaan RM9.68 bilion yang dikeluarkan untuk perlaksanaan penstrukturan semula tersebut.
Amaun RM9.68 bilion ini adalah mengikut pecahan berikut:-
- RM2 bilion diberikan kepada kerajaan negeri sebagai pendahuluan untuk tujuan pengambilalihan; dan
- RM7.68 bilion untuk pegambilalihan pinjaman dan bon pemegang konsesi.
Mengambilkira tawaran pengambilalihan operasi dari pemegang konsesi pada RM9.65 bilion, bermakna lebihan RM30 juta akan masuk kekantung anak syarikat kerajaan negeri Selangor. (Butiran rujuk SINI).
Nampak gayanya, Khalid sudah memberikan isyarat untuk membelit Najib dan komuniti Cina Kajang telah pun bersorak-sorak dengan kejayaan Khalid mengenakan Najib.
Dikhuatiri nanti, jasa tak nampak tapi tikaman yang mendatang. Berhati-hatilah Najib.
Najib kena dengar sendiri apa yang Khalid putar dalam video di bawah.
4 comments:
Khalid...kamu muslim...Najib juga muslim...sebagai pemerintah keseluruhan.Najib menolong kamu atas dasar tanggungjawab sebagai pemerintah dan kalau benarlah ada unsur-unsur "membelit" disini maka tunggulah bala lebih besar untuk kamu dan seangkatannya.Tuhan itu Maha Adil dan takutlah pada doa orang yang teraniaya.
tak lama dahpun. khalid dah lebih 60 tahun. kali belit yg mati kerana bangga dengan penipuan akan masuk tempat terbaik sesuai dengan perbuatannya semasa hidup. boleh la terus berlagak selagi hidup.
Tu lah dia. Dia tak bagi Anwar yang belit. Belum sempat Anwar nak bertanding, dia dah awal2 lagi sain MOU dengan kerajaan persekutuan. Tujuannya nak belit lah tu. Kalau tak nanti terlepas lah dia jika dapat kepada Anwar. Anwar lagi lah kuat belitnya. Sebab mereka2 ini semua kan kaki belit dan putar alam.
Bukan nak berkhidmat untuk rakyat, semua untuk kantung sendiri punya.
tu nunjukkan ahjibgor lemah..x tau apa apa..punahsihat paling ramaia..dan consultan yg mahal..BN abis jafi sejarah..nak tengok muka ahjibgor duduk d kerusi ketua pembangkang
Post a Comment