“Mark my words, Anwar being jailed was just a matter of time," - Rafizi RamliUngkapan dari Rafizi Ramli di atas, jelas menunjukkan bahawa beliau tidak terperanjat dengan keputusan bersalah oleh Mahkamah Rayuan keatas DS Anwar Ibrahim.
Dari awal kes lagi, seperti dikatakan oleh bekas Setia Usaha Politik Anwar, Mohd Ezam Mohd Nor, adalah sukar untuk meletakkan spesimen semen Anwar dalam dubur Saiful Buhari, andai kerja itu adalah konspirasi untuk mengenakan Anwar.
Sesungguhnya itulah fakta yang digunakan oleh pasukan pendakwaan, dengan memberi fokus teknikal terhadap mempertahankan hujah bahawa DNA sampel berkenaan tidak tercemar.
Tidak ada orang lain yang boleh mengeluarkan semen Anwar, melainkan dirinya sendiri.
Baik Rafizi mahu pun Azmin tentunya tidak terperanjat dengan keputusan Anwar didapati bersalah. Malah jangkaan Azmin adalah tepat, dengan jangkaan mahkamah akan membuat Anwar bersalah selepas solat Jumaat!
No comments:
Post a Comment