Satu demi satu fakta mula terbarai berhubung isu tanah yang melibatkan pemimpin DAP Perak Ngeh & Nga.
Kelmarin, Agenda Daily mendedahkan penemuan baru. [Baca SINI].
Rupa-rupanya, Upayapadu Plantations melalui agen hartanah Amos Tan pernah mengiklankan tawaran penjualan 100% ekuitinya di iProperty.Com 12/1/12.
Timbul persoalan dari iklan yang terpapar di atas, apabila tempoh pajakan dinyatakan sebagai 70 tahun. Fakta ini berbeza sekali dengan kenyataan rasmi Pejabat MB Kelantan yang menyebut tempoh pajakan adalah selama 50 tahun. [Baca siaran media Pejabat MB Kelantan di SINI].
Adakah ini satu percubaan dari Pejabat MB Kelantan untuk menipu rakyat Kelantan? Pada pandangan saya, bila YIK memberi tempoh 70 tahun bermakna adalah menghampiri dengan tempoh pajakan Tanah Rezab Melayu, iaitu 99 tahun.
Saya sebenarnya menunggu jawapan dari Pejabat MB berhubung kadar sewaan tanah yang amaunnya RM100 - RM150 mengikut jenis tanaman. Dalam iklan di atas menyebut bahawa kadar sewaan adalah mengikut kadar rata (flat rate). Ini bermakna sepanjang tempoh pajakan selama 70 tahun itu bakal tidak berubah.
Saya berpendapat, oleh kerana lot tanah berkenaan diusahakan untuk tujuan komersil bermakna ia adalah rendah. Sepatutnya, disyaratkan YIK berhak untuk menyemak kadar sewaan pada setiap 10 tahun. Berdasarkan pengalaman, saya pernah terserempak dengan pengusaha nurseri tanaman di Selangor yang membayar sewaan T.O.L RM20,000 lebih di kaunter pejabat tanah, hanya untuk tanah yang seluas 'sekangkang kera'.
Seperkara lagi yang menarik perhatian ialah harga pelawaan pembelian yang berjumlah RM36.8 juta dan pembelian dibuat melalui pengambilalihan 100% ekuiti syarikat berkenaan. Ini bermakna, untuk mengambilalih tanah Ngeh & Nga mesti membeli 100% ekuiti syarikat.
Exco Kerajaan Negeri Perak Datuk Hamidah Othman mendedahkan pegangan ekuiti Ngeh terhadap Upayapadu (selepas pengambilalihan) adalah berjumlah RM31.5 juta, iaitu pegangan langsung sebanyak RM15.5 juta (49% ekuiti) dan RM16 juta dari kedudukan sebagai pengarah syarikat Efektif Kirana yang memegagang 51% baki ekuiti Upayapadu.
Dengan pelaburan sebanyak itu, bermakna Ngeh & Nga begitu serius untuk menceburi bidang pembalakan dan perkayuan. Nampaknya Ngeh & Nga mahu kedua-dua politik dan perniagaan sekali gus. Ini amat bertentangan dengan amalan DAP yang menganut fahaman sosialis. Atau sememangnya DAP dalam diam melahirkan kapitalis dikalangan sosialis?
Dalam mempertahan dirinya, Ngeh mendakwa beliau hanyalah 'trustee' dalam amalan guaman. Namun beliau enggan mendedahkan anakguamnya.
Mungkinkah pemilik asal Upayapadu Tengku Wong merupakan individu yang dimaksudkan oleh Ngeh?
Kita tunggu jawapan-jawapan dari Nik Aziz dan Ngeh & Nga terhadap pendedahan demi pendedahan yang bermula dari Pisau.Net. Kini satu demi satu penyelewengan telah didedahkan untuk penghakiman rakyat.
5 comments:
Pakcu bukan nak komen banyak...
Cuma Pakcu nak cakap patutlah PAS sayang sangat ke DAP dan marah benar ko UMNO rupa-rupanya mereka berdua ada hubungan intim pasal gadai mengadai tanah...
Last.last PAS guna Isle untuk gadai MElayu Kelantan ko DAP...baru habis belako....!!!!!...ish..ish...tak sangka..weh...
PAS semakin hancur kerana doa K.O memakan diri..
Salam Bro Azlan,
Tanah tu masih ada lagi balak seluas 9000 ekar, maknanya Nik Ajis bagi dua ekor babi tu dapat kaya free.
Inilah yang dikatakan babi di Ipoh disusukan, Nik Amar membiarkan YIK breast feeding pigs.
Censored
benda paling berani yg pas kelantan, pejabat mb dan mb sendiri tak mampu buat ialah MENGAKU DAN MINTAK MAAF. benda paling takut yg pas kelantan, pejabat mb dan mb sendiri mampu buat ialah tujukan fitnah kepada umno/bn. mereka lupa bahawa rakyat kelantan adalah pemaaf-pemaaf belaka. maka disarankan org2 dlm pejabat mb MENGAKU DAN MINTA MAAF. ada berani?
Setia Usaha Akhbar MB Ahmad Fadhli dibelengu penyakit kebodohan melampau.
Semalam 25 Dec Admad Fadhli keluarkan lagi kenyataan dia si bengap tu cuba utk meletakkan kesalahan ke atas Awang Adek.
Teramat bodoh jika Ahmad Fadhli menganggap "sokongan" dan "kelulusan" ada dua perkara yg sama.
Tapi utk kelentong macai2 bengap PAS, no hal punya.
irly simple. This is the code you drop into the comment box:
Projek tanah Upayapadu: Umno diminta tanya Awang Adek
Post a Comment