Friday, December 21, 2012

Setia Usaha Akhbar MB Kelantan Dedahkan Ngeh & Nga Bayar RM1.5 Juta Kepada Yayasan Islam Kelantan


Hari ini Pejabat MB Kelantan melalui Setia Usaha Akhbar MB Ahmad Fadhli Shaari, mengeluarkan siaran media berhubung tanah 10,526 ekar yang diambilalih oleh pemimpin DAP Perak Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming.

Petikan kenyataan Pejabat MB di bawah, diambil dari Harakahdaily.


Mungkin ada kesilapan dalam siaran media berkenaan, apabila keluasan perkara subjek (tanah berkenaan) ditulis sebagai 10,526 hektar. Namun hal itu tidak perlulah diperbesarkan dan anggaplah sebagai kesilapan typo.

Dari penjelasan di atas, kerajaan PAS Kelantan melalui YIK, seolah-olah tidak serik dengan 2 kegagalan mereka berhubung dengan 2 pajakan tanah sebelum ini. Ngeh, Nga & rakan-rakan bukanlah nama-nama besar dalam bidang pembalakan mahupun perladangan. Khususnya Ngeh dan Nga mereka lebih terkenal sebagai ahli politik. Berapa lamakah pengalaman mereka dalam bidang tersebut?

Pajakan pertama pada tahun 2000 telah ditarik balik pada 2004. Manakala pajakan kedua yang ditandatangani  pada 2006 dengan Usahapadu Plantations Sdn Bhd yang dimiliki oleh taikun balak Dato' Seri Wong Yeon Chai a.k.a Tengku Wong juga terbengkalai sejak 2007.

Meskipun pajakan pertama ditarik balik dalam tempoh 4 tahun kegagalan perlaksanaan projek, sementara Tengku Wong dilayan agak istimewa bila masih tidak dibatalkan perjanjian walau pun terbengkalai melebihi 4 tahun (rujuk surat menyurat yang didedahkan oleh Pisau.Net).

Banyak perkara yang menimbulkan tandatanya dari penjelasan dari Pejabat MB yang antaranya:-

  • Sumbangan RM1.5 juta yang dibayar oleh Ngeh, Nga & rakan-rakan kepada YIK diatas pengambilalihan pengurusan Upayapadu, walhal YIK tidak ada kepentingan pegangan dalam syarikat berkenaan
  • Apakah amaun RM1.5 juta tersebut berupa diskaun, diatas terbengkalainya projek selama 5 tahun. Secara kasar kerugian YIK dari segi kutipan sewa pajakan (dinilai pada RM100 seekar) dianggarkan mencecah RM5 juta untuk tempoh 2007 - 2012;
  • Mengapa tidak dibatalkan perjanjian dengan Upayapadu dan mempelawa NewCo dibawah pemilikan Ngeh, Nga dan rakan-rakan?
  • Apakah kadar sewaan merupakan kadar rata untuk selama tempoh pajakan 50 tahun?
Pada anggapan saya, RM1.5 juta yang dibayar oleh pemimpin-pemimpin berkenaan lebih kepada deposit untuk pembaharuan perjanjian untuk projek berkenaan dan bukannya sebagai syarat pertukaran pengurusan Upayapadu. Malahan, ia juga merupakan diskaun terhadap tunggakan sewa sepanjang terbengkalainya projek berkenaan, yang dianggarkan tertunggak sebanyak RM5 juta.

Saya juga mengesyaki bahawa Upayapadu mempunyai projek selain dari pajakan tanah YIK. Jika tidak masakan Ngeh-Ngah sanggup mengeluarkan RM1.5 juta kepada YIK. Itu belum lagi mengambilkira amaun yang dibayar kepada Tengku Wong untuk proses pengambilalihan Upayapadu.

Seperkara lagi yang menjadi daya tarikan keatas Upayapadu ialah fasiliti kredit berjumlah RM16.2 juta dari Forest Plantations Development Sdn Bhd (FPD) iaitu GLC dibawah Lembaya Industri Perkayuan Malaysia - MTIB. (Baca SINI)

Kalau anda teliti surat menyurat pengurusan baru Upayapadu  dengan FPD, terdapat permohonan untuk menyambung baki kemudahan kredit (RM2 juta telah diguna oleh pengurusan terdahulu). 

Pada pandangan saya, FPD tidak sepatutnya melayan permohonan tersebut, bukankerana Ngeh dan Ngah adalah pemimpin DAP, tetapi atas faktor:-
  1. Projek tersebut telah terbengkali sejak 2007; dan
  2. Lembaga Pengarah (pengurusan) baru yang tidak berpengalaman dalam industri perkayuan.
Dalam pada itu, jika kadar sewa pajakan (RM100 seekar & RM150 seekar) kekal tidak berubah sepanjang tempoh pajakan, bermakna PAS tidak berpandangan jauh dan tidak pandai dalam mengendali rundingan dan seterusnya ini boleh membawa kerugian kepada YIK dalam jangkamasa panjang.

No comments: