Tuesday, December 18, 2012

DAP Dapat Rezeki Terpijak Bila Nik Aziz & Husam Bagi Projek Pada Tengku Wong


Semalam blog Pisau.Net mendedahkan perihal pemimpin DAP Perak Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming serta beberapa orang lagi telah memperolehi 10,526 ekar tanah di Kelantan. [Rujuk butiran di SINI]

Bila membaca butiran yang didedahkan oleh blog berkenaan, perolehan tersebut adalah melalui pengambilalihan Upayapadu Plantations (M) Sdn Bhd.

Melalui semakan, pemilikan asal Upayapadu adalah dibawah Datuk Seri Wong Yeon Chai. Rujuk kepada keratan The Star (4/5/2006) berhubung pemilikan Upayapadu dan penganugerahan pajakan 50 tahun keatas tanah berkaitan.


Siapa sebenarnya Wong Yeon Chai? Menurut laporan Utusan (26/4/2001), beliau turut dikenali sebagai Tengku Wong. 


Pada tahun 1992, Wong telah mencetuskan kontroversi dalam industri pembalakan, apabila Menteri Perusahaan Utama Dr Lim Kheng Yaik mendakwanya sebagai membawa keluar hasil hutan secara haram. [Rujuk NST 20/12/1992]


Beliau sebenarnya telah disenaraihitamkan untuk kerja-kerja pembalakan di Pahang. Namun, Wong tidak berhenti setakat itu. 

Beliau telah menyaman Kerajaan Pahang dan ini telah dijadikan isu politikoleh pihak  pembangkang. Sepatutnya mereka turut sama mempertahankan tindakan MB Pahang sebaliknya mereka memperbesar-besarkan seolah-olah Pahang dan rakyatnya berhutang.

Blog Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim (4/9/2009) telah memperbesarkan kes saman Upayapadu milik Wong dan petikan adalah seperti di bawah;


Meskipun Wong mempunyai track record yang teruk, pelik apabila Kerajaan PAS Kelantan dibawah MB TG Nik Aziz begitu mudah meluluskan projek berkenaan. Dalam hal ini, mustahil Exco Kelantan Husam Musa tidak mengenali Wong, yang telah sememangnya menjadi individu yang penuh kontroversi sejak 1992.

Seperkara lagi, projek keatas tanah seluas 10,526 ekar tersebut mendapat pembiayaan dari Forest Plantations Development Sdn Bhd (FPD), iaitu anak syarikat Lembaga Industri Perkayuan Malaysia (MTIB) dengan jumlah pinjaman RM16.2 juta.

Daripada jumlah RM16.2 juta, sebanyak RM2.0 juta telah digunakan oleh Upayapadu melalui pengurusan lama.

Melalui surat yang didedah oleh Pisau.Net, pemilik baru Upayapadu yang diketuai oleh Ngeh telah memohon penyambungan pinjaman RM16.2 juta tersebut, keatas projek yang telah terbengkalai semenjak 2007.

Persoalannya, apakah FPD akan meluluskan utilisation keatas baki RM14.2 juta yang belum digunakan, kepada projek telah terbengkalai selama 5 tahun?

Kalau FPD meluluskan permohonan tersebut, bermakna DAP bakal menerima durian runtuh yang berupa dan RM14.2 juta pula disumbangkan oleh Kerajaan Persekutuan, disamping pajakan 50 tahun keatas tanah seluas 10,526 ekar dari Kerajaan Negeri Kelantan. Itu belum lagi RM24 juta dari saman keatas Kerajaan Pahang, yang didoakan kemenangannya oleh Anwar Ibrahim. 

Oh lumayan, lumayan!

7 comments:

Anonymous said...

Pelik? Tak pelik pun kalau tahu cara mereka(kerajaan Pas kelantan) beroperasi. Duit paling diutamakan, benda2 lain macam track record tu belakang kira. Tanah negeri tergadai pun takpe, asalkan duit masyukkk....

Anonymous said...

Sorry le kalau apa yang aku cakap ni Orang PAS terasa,... bagi duit dan burit, mereka ini akan lupa segala nya. Lepas tu tutup dengan bendera PAS. ISLAM lah konon... tuih...

Megat Alam Gempita said...

PAS ni harap kepiah jer putih, serban je panjang, jubah jer labuh. Tapi bab dosa menipu, maki hamun, rasuah, kaki betina bertimbun berjela-jela.

Selagi ada PAS selagi itulah ummah rosak

Satu kapai..... said...

Nik ajis harus bertaubat..

Anonymous said...

Cuba fikirlah sikit ... perjanjian antara kerajaan kelantan dgn sykt upayapadu plantation di buat pd TAHUN 2006. Jadi adakah pada masa itu Nik Aziz sudah mengetahui yg BN AKAN KALAH dan Nizar akan dilantik sebgi MB PERAK pada TAHUN 2008 ..?????

Akar Umbi said...

Anon 9:16

Anda tidak faham isu.

Tanah 10,526 ekar itu milik YIK yg dipengerusikan MB Kelantan.

Upayapadu dimiliki Wong Yeon Chai yang punya masalah di Pahang sejak 1992.

Akhirnya JY YIK-Upayapadu terbengkalai sejak 2007. Kenapa Nik Aziz tak batalkan JV dan buka kembali tender?

Tiba-tiba Ngeh & Nga muncul sebagai pengurusan baru Upayapadu. Maka itulah yang menimbulkan persoalan.

Fyi, blog ini tidak fokus tentang isu Nizar, tapi fokus kepada kelemahan YIK & Nik Aziz yang buat JV tanpa 'screen' syarikat yg memohon. Tidak ada sepotong ayat pun yg kaitkan bab nizar yg ditulis oleh blog ini.

Harap anda faham kronologi.

Mungkin anda akan lebih nampak kelemahan Nik Aziz bila baca http://azlantaib.blogspot.com/2012/12/nik-aziz-wajib-bertanggungjawab-bila.html

Anonymous said...

Hello akar umbi ...masih tak jelas lagi ke ..??? harap bersabar ye tunggu saman dari TGNA ....

Jawapan dr TGNA http://mediaperak.net/2012/12/21/tgna-dah-jawab-ngeh-2/