Thursday, December 27, 2012

Motif Pendedahan Surat Sokongan Awang Adek Hussin - Pejabat Nik Aziz Cuba Babit Awang Adek Dalam Kelulusan Tanah Yayasan Islam Kelantan Kepada Ngeh & Nga?

Pejabat MB Kelantan telah mendedahkan sepucuk surat Dato' Dr Awang Adek Hussin dalam percubaannya mematikan isu yang dibangkit oleh media.

Selain surat Awang Adek, sepucuk surat dari Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang ketika itu disandang oleh Dato' Peter Chin Fah Kui turut diedarkan kepada pihak media.



Bila membaca surat-surat berkenaan, ternyata bahawa Kerajaan Pusat Barisan Nasional begitu prihatin untuk membantu rakyat negeri Kelantan, meskipun pentadbiran negeri adalah dibawah Kerajaan PAS.

Surat Awang Adek kepada Peter Chin jelas menyebut 'untuk kepentingan ekonomi negeri Kelantan', apatah pula tanah tersebut dimiliki oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Berbalik kepada kronologi usahasama YIK dengan Usahapadu Plantations Sdn Bhd, kelulusan telah dibuat pada 28 Ogos 2005 dan perjanjian YIK - Upayapadu telah ditandatangani pada 3 Mei 2006.

Ini bermakna, surat menyurat yang melibatkan Upayapadu dengan Peter Chin dan Awang Adek dibuat selepas tawaran diterima oleh Upayapadu dari YIK. (Surat Peter Chin dan Awang Adek masing-masing bertarikh 12 Oktober 2005 dan 16 Januari 2006). Surat menyurat berkenaan tidak lain adalah untuk mendapat bantuan teknikal dari Kerajaan Pusat.

Akan tetapi, perlu diingat bahawa pemimpin DAP Perak Ngeh Koo Ham dan Nga Ko Ming belum lagi muncul sebagai ahli lembaga pengarah Upayapadu. Kemunculan Ngeh & Nga hanya selepas terbengkalainya projek usahasama berkenaan.

Pendedahan terhada 2 pucuk surat berkenaan, sebenarnya tidak akan dapat mematikan persoalan-persoalan terhadap keistimewaan yang diberikan kepada Ngeh & Nga untuk meneruskan projek yang terbengkalai tersebut. Surat berkenaan bukan untuk menyokong towkay-towkay yang ujud dalam DAP yang menganut sosialisme.

Untuk rekod, sebelum tawaran kepada Upayapadu, sebuah syarikat lain telah diberikan hak pajakan terhadap tanah milik YIK yang lebih 4,000 hektar tersebut. Namun, usahasama pertama itu yang diluluskan pada Disember 2000 telah ditarik balik pada 18 Ogos 2004.

Sebaliknya bagi Upayapadu yang bertukar pemilikan kepada Ngeh & Nga telah diberikan keistimewaan untuk menyambung usahasama, meskipun telah terbengkalai sejak 2007 dan sepatutnya ditarik balik hak pajakan keatas tanah berkenaan. Hakikatnya, keistimewaan telah diberikan atas faktor, Ngeh & Nga sanggup membayar RM1.5 juta.

Baca SINI untuk mengetahui faktor RM1.5 juta yang menjadi kekuatan Ngeh & Nga.

1 comment:

Broker Balak JKR 10 said...

Press Sec Nik Aziz cuba bermain game yg sama, apa2 mesti salah UMNO.

Dalam kes ni mungkin Ahmad Fadhli tak sedar bahawa beliau makin mempamirkan kebodohan yg nyata. Ataupun, Ahmad Fadhli mmg bodoh bingai yg tak tahu apa2. Dapat jer jadi Press Sec Nik Aziz dan dilayan dgn kerusi empuk dlm majlis PIS, dah rasa diri tu cerdik.