Sunday, January 30, 2011

Anwar Ibrahim Lepaskan Jawatan Ketua Pembangkang?

3 minggu yang lalu, terserempak dengan sahabat yang merupakan mantan Naib Ketua AMK Cabang (di Selangor) di jeti nelayan, kebetulan sama-sama hendak turun memancing. Mantan Naib Ketua AMK Cabang ini telah pun meninggalkan PKR pada Mei tahun lalu.

Beliau sempat memberitahu saya bahawa kini hanya menunggu masa sahaja, ramai pemimpin PKR akan meninggal parti tersebut.

Bermula dengan episod Gobalakrishnan meninggalkan PKR, kini angin bertiup kencang 2 lagi MP disebut-sebut untuk turut meninggalkan PKR dan secara langsung mengesahkan bisikan sahabat saya tempoh hari.

Bagaimana dengan Anwar Ibahim? Cadang nak lepaskan Ketua Pembangkang? Rasanya tak kot.....

No comments: