Friday, January 28, 2011

Harakahdaily: Selangor Bakal Jadi Serambi Mekah

Saya terbitkan semula sebahagian artikel yang ditulis oleh Ahmad Lutfi Othman:-

"Kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat wajar melihat keterbatasan peluang melanjutkan pelajaran di sekolah agama ini sebagai cabaran utama yang perlu ditangani. Kalau dahulu sekolah agama mungkin menjadi pilihan terakhir untuk pelajar yang agak lembab tetapi kini ia tersenarai sebagai pilihan utama di kalangan anak-anak yang cerdas dan terbaik pencapaian akademiknya.

Dengan itu, bukan lagi Kelantan yang terus dikenali sebagai Serambi Makkah, atau juga Kedah dengan pondok-pondok pengajian dan sekolah agamanya, malah saya yakin Selangor lebih berkeupayaan untuk membangunkan institusi pendidikan Islamnya secara lebih tersusun. Sekurang-kurangnya daripada segi kemudahan kewangan dan sokongan ibu bapa di bandar-bandar besar. Lagipun sekolah agama menengah (SAM) di bawah Iabatan Agama Islam Selangor (Jais) sudah makin popular dan menjadi rebutan."

Artikel penuh boleh rujuk di Harakahdaily.

Saya tidak akan menyentuh 2 dari 3 isu yang dikemukakan kerana ianya sedia terjawab. Sebaliknya tumpuan saya lebih terarah kepada pendidikan Islam di Selangor seperti yang tersebut dalam petikan di atas.

Ada 2 perkara yang ingin saya utarakan disini iaitu, yang pertama ialah artikel ditulis tanpa penyelidikan dan yang kedua ialah hakikat bahawa SAM di Selangor adalah legasi Kerajaan Barisan Nasional yang mentadbir Selangor sebelum ini.

Untuk makluman semua, SAM bukan lagi dibawah pentadbiran JAIS. Para penyokong PR, khususnya Ahmad Lutfi Otman boleh rujuk sejarah yang tertulis di blog Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam

"Pada 24 Disember 2004, satu memorandum persefahaman telah ditandatangani antara kerajaan negeri Selangor dengan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendaftarkan kesemua 23 buah sekolah agama menengah negeri Selangor termasuk SAMTTAJ ke Kementerian Pelajaran yang kemudiannya disebut sebagai kelompok SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan) dibawah kelolaan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral(JAPIM).Sehingga sekarang SAMTTAJ dan SAM negeri Selangor yang lain berada dibawah naungan Kerajaan Negeri Selangor dan Kementerian Pelajaran Malaysia."

Lebih khusus dalam hal penyerahan ini, boleh dirujuk di laman web JAIS DI SINI.

Begitu juga untuk lebih lanjut boleh rujuk teks ucapan TPM, TS Muhyiddin Yasin merangkap Menteri Pelajaran Malaysia di Majlis Perasmian SAMT Sultan Hishamuddin, Klang di SINI.

Walau bagaimana pun, saya mengkagumi Ahmad Lutfi Othman kerana telah penuh yakin meletakkan Selangor sebagai Serambi Mekah.

Dalam konteks menjadikan Selangor sebagai Serambi Mekah janganlah dilupakan dua perkara, iaitu:-

1. Akhlak Exco-Exconya Elizabeth Wong dan Ronnie Liu; dan
2. Jasa-jasa BN Selangor yang meletakkan asas-asas dan laluan Selangor sebagai Serambi Mekah.

1 comment:

MymassaVoice said...

Nak jadi serambi Mekah? Banyak Massage center yang nak kena tutup dulu tu...