Memang diakui, kebanyakan dari para blogger pro-BN lebih tertumpu kepada menyerang Cikgu Mala, berbanding membuat promosi mengenai Tok AI.
Kaedah menyerang yang demikian, menimbulkan keresahan kepada sesetengah pihak dikalangan para blogger pro-BN sendiri. Pada pandangan mereka, ia akan memberikan kelebihan kepada Cikgu Mala dari segi promosi dan mempopularkan calon yang berkenaan.
Secara peribadi, saya sendiri tidak membuat sebarang artikel mempromosi Tok AI. Bukannya tidak minat dengan beliau, sebaliknya atas faktor kekuatan yang sedia ada pada diri calon tersebut.
Tok AI anak tempatan dan ditambah pula beliau datang dari keluarga yang dikenali di Tenang. Arwah bapanya merupakan bekas Penghulu, malah pernah berkhidmat sebagai ADUN Tenang.
Kekuatan yang ada pada Tok AI memudahkan kerja kami, para blogger pro-BN. PAS cuba menyerang peribadi Tok AI melalui kes lelongan tanah, tetapi dengan mudah dipatahkan. Bukannya apa, kami para blogger pro-BN datang dari pelbagai latar belakang kerjaya. Dikalangan ada yang peguam, doktor, banker, credit controller, pegawai kerajaan, kaunselor, motivator, pendidik dan pelbagai profesion lain yang mempunyai pengetahuan dan tidak mudah tertipu dengan setiap isu yang dikemukakan. Takkan PAS nak gelembong kami hal Kanun Tanah Negara kot?
Serangan kami terhadap Cikgu Mala, sebenarnya lebih terarah kepada membuka pekong PAS dan rakan-rakan pakatannya DAP dan PKR. Cikgu Mala umpama mewakili batang tubuh PR yang penuh rahsia tersembunyi yang penuh dengan unsur-unsur pengkhianatan, keburukan, lakonan, penipuan dan pelbagai lagi perkara-perkara negatif yang tak perlu disebutkan.
Para pengundi Tenang faham dengan permasalahan tempatan mereka. Antara Tok AI dan Cikgu Mala, mereka lebih kenal hati budi mereka. Siapa kami para blogger pro-BN untuk mengajar mereka? Pen dan kertas undi ada ditangan mereka dan diri mereka sendirilah yang menentukan kepada siapa undi patut diberi.
Dalam pada itu juga, PRK Tenang umpama bagai memilih menantu. Baik Nik Aziz mahu pun Hadi Awang yang berpegang pada syarie mesti mengutamakan nasab keturunan. Tak tahulah pula apa kriteria Mahfuz Omar dan Salehuddin Ayub? Justeru, andainya nasab keturunan yang diberi keutamaan, maka undi harus diberikan kepada Tok AI kerana dia berasal dari keturunan yang baik-baik!
No comments:
Post a Comment