Namun begitu PKR seolah-olah cuba memujuk PSM untuk berkompromi pada 2 kerusi berkenaan dengan tidak menamakan calon di Kota Damansara.
Untuk rekod kerusi Kota Damansara pada PRU12 telah dimenangi oleh pemimpin PSM Dr Nasir Hashim yang bertanding menggunakan tiket PKR.
Andai kompromi gagal dicapai, 2 kerusi berkenaan bakal menyaksikan pertandingan 3 penjuru BN-PKR-PSM.
Dalam pada itu, tidak banyak perubahan dalam senarai calon PKR yang bertanding di kerusi Parlimen dan DUN Selangor yang diumumkan oleh Anwar malam tadi.
Kecuali untuk kawasan Parlimen Kelana Jaya yang menampilkan calon baru Wong Chen yang menggantikan Low Gwo Burne, hampir kesemua bekas ahli parlimen PKR mempertahankan kerusi masing-masing, iaitu Mohamed Azmin Ali (Gombak), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat), R Sivarasa (Subang), Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan), Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan William Leong (Selayang).
Sementara itu untuk Kapar, muka baru ditampilkan oleh PKR apabila Manivanam Govindasamy menggantikan S. Manikavasagam yang turun ke kawasan DUN Bukit Melawati.
Calon-calon lain untuk kerusi parlimen ialah Dr Aziz Bari (Sabak Bernam), Manivanam Govindasamy (Kapar), Wong Chen (Kelana Jaya), Rafizi Ramli (Pandan) dan Khalid Jaafar (Hulu Selangor).
Bagi calon-calon kawasan DUN, MB Selangor TS Khalid Ibrahim mengetuai senarai dengan berpindah ke Pelabuhan Klang dari kawasan asalnya, Ijok.
2 bekas ADUN telah digugurkan iaitu M.P Muthiah (Bukit Melawati) dan Lee Kim Sin (Kajang). Tempat Muthiah diambil oleh S. Manikavasagam dan muka baru Lee Chin Cheh bertanding di Kajang.
Antara yang mempertahankan kerusi masing-masing ialah Mohamed Azmin Ali (Bukit Antarabangsa), Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia), Suhaimi Shafiei (Seri Muda), Dr Xavier Jayakumar (Seri Andalas), Rodziah Ismail (Batu Tiga), Dr Yaakop Sapari (Kota Anggerik), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Haniza Talha (Taman Medan), Amir Shaari (Batu Caves) dan Gan Pei Nei (Rawang)
Calon-calon lain ialah Borhan Aman Shah (Dengkil), Yahya Shaari (Permatang), Dr Daroyah Alwi (Sementa), Tengku Marziah Tengku Sulaiman (Kuang), Ramachandran (Batang Kali) dan Dr Idris Ahmad (Ijok).
No comments:
Post a Comment