Apabila timbul tuntutan supaya Kristian dijadikan agama rasmi persekutuan, dengan sendirinya mendedahkan yang tersembunyi secara nyata. [Baca SINI]
Hakikatnya dipihak kita sememangya telah menghidu dan melihat secara nyata 'divide & rule' yang menjadi modus operandi Anwar Ibrahim dalam memenuhi impiannya untuk menjadi Perdana Menteri. Dalam pada itu, gerak Anwar ini memberi ruang kepada DAP untuk mengambil peluang untuk memperkukuhkan kedudukan politiknya.
Apabila Anwar sendiri memperlekehkan Ketuanan Melayu, disamping sokongan PAS keatas perlekehan itu, maka peralihan arah dikalangan mudah berlaku dan seterusnya MCA dan Gerakan terumbang-ambing meraih sokongan.
Bagi PAS, umpama bermimpi disiang hari yang kononnya untuk memberi kefahaman Islam kepada golongan bukan Islam. Sebaliknya DAP, memperkukuhkan kedudukan dengan konsep penyatuan Cina dan memulakan langkah penyatuan persaudaraan Kristian yang nampaknya mula menunjukkan impak semasa PRN Sarawak.
Apabila disebutkan perkara ini, PKR mahu pun PAS tetap berdegil dengan dakwaan mereka, kononnya UMNO mengamalkan politik yang menakut-nakutkan bangsa Melayu. Dalam pada masa yang sama, PKR telah memberi kelonggaran yang berlebihan hingga timbul suatu keadaan yang mana DAP dalam keadaan yang terlalu kehadapan berbanding mereka. Sementara, PAS pula semakin mengecil dari harimau yang ditakuti, kepada hanya bak burung nuri yang diajar untuk berkata-kata.
Ini bukan soal kebimbangan UMNO tetapi soal siapa yang benar-benar bertanggungjawab membela Islam dan Melayu. Justeru, sudah sampai masanya UMNO mengucapkan selamat tinggal kepada PAS dalam soal penyatuan agama dan bangsa. Sebaliknya, bangsa Melayu dan umat Islam sendiri yang harus menilai untuk memperkukuh pokok agama dan bangsa, sebagai tempat kita bernaung.
Bagi rakyat jelata sekalian perhatikan satu demi satu peristiwa yang berlaku dan nilaikan sendiri bagaimana PKR dan PAS membisu dalam mempertahankan kepentingan agama Islam dan bangsa Melayu.
1 comment:
erm pAS akan kata tu pandangan peribadi....PAS kan bodoh....bangang..baghal
Post a Comment