Apakah ini projek menukar kepimpinan?
Bukan! Bukan! Bukan!
Projek TUKAR ialah program Transformasi Kedai Runcit, khusus untuk peruncit tradisional.
KUALA LUMPUR 23 Jun - Peruncit tradisional yang terlibat dalam program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) kini diberi bantuan pinjaman sehingga 15 tahun, berkuat kuasa hari ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, program itu, yang diadakan dengan kerjasama Bank Rakyat, masih menawarkan pinjaman sebanyak RM60,000 namun tempoh bayaran balik dilanjutkan sehingga 15 tahun berbanding tujuh sebelum ini.
"Selain bertujuan untuk meringankan beban peruncit dan memberi masa agar peruncit dapat mengukuhkan kewangan mereka, kita harap lebih ramai peruncit berminat untuk menyertai projek TUKAR ini,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom dan empat pengendali pasar raya di sini hari ini. - Bernama - Bernama/Utusan
Adalah diharapkan, melalui program transformasi ini akan mengubah wajah kedai-kedai runcit tradisional di negara ini. Kita harus mengaku bahawa dalam soal kedai runcit ini, kita agak ketinggalan dengan kedai runcit yang diusahakan oleh pendatang, khususnya dari Aceh.
Kedai runcit milik orang Aceh lebih berkonsepkan 'convenience store', meski pun kecil tetapi mempunyai pelbagai barang keperluan, kemas dan waktu perniagaan yang lebih panjang.
Disamping membantu dari segi modal, khidmat nasihat terutama dengan pendedahan idea-idea baru harus diberikan kepada pekedai runcit tradisional agar mereka ini dapat terus bertahan dengan persaingan dari hypermarket dan pekedai runcit asing.
Seperkara lagi yang amat penting, biarlah program yang dirancang ini benar-benar difahami oleh pihak yang melaksanakan. Kita tidak mahu, bertambah lagi satu program tetapi tidak berjalan seperti yang diharapkan. Contohnya program Rumah Mesra Rakyat anjuran SPNB.
No comments:
Post a Comment