***Bagi yang menganggap semua yang berlaku semasa mesyuarat adalah rahsia, maka saya ingin bertanya. Kalau saya menceritakan kepada seseorang, "semasa mesyuarat tadi saya minum kopi bersama dua ketul karipap", adakah itu menjadi rahsia parti? Adakah apa yang dimakan dan minum semasa mesyuarat pun boleh menjadi rahsia parti? Hairan bin ajaiblah sekiranya dijawabnya "Ya!"*** - Khalid SamadKhalid Samad telah ditegur kerana menceritakan perjalanan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat kerana ia merupakan rahsia parti.
Walau pun secara peribadi sememangnya saya berbeza pandangan politik dengan Khalid, namun sebagai manusia saya rasa perlu juga untuk saya bercakap dari segi realiti politik secara umumnya.
Khalid hakikatnya berniat untuk mendidik dan ingin memberitahu bahawa dalam Islam tidak diktator dan mengamalkan syura. Dalam pada itu, Khalid juga perlu sedar bahawa dalam politik Islam juga ada pendapat mengatakan bahawa ketua tidak terikat dengan cadangan syura. Dan inilah yang harus difahami, bukan sahaja Khalid, ahli PAS tetapi semua orang.
Malah, hak menegur ketua juga ada keterbatasannya dan menegur juga perlu dengan hikmah.
Apa pun, malas nak mengulas panjang kerana kalau disanggah pun takkan Khalid hendak menerima, apatah lagi dari saya yang bukan dari jamaahnya.
Bab makan karipap yang dijadikan contoh tu, mungkin terkeluar secara spontan dan kebetulan dan pastinya bukan merujuk kepada Anwar Ibrahim (?). Hahahaha.........
No comments:
Post a Comment