Namun apabila beliau mempertikaikan LID (Langkawi International Dialogue) malah mencadangkan LID dihentikan, dengan sendirinya KJ menurunkan darjat hanya layak untuk sepasukan platun tentera untuk menjalankan satu operasi kecil.
Kesilapan KJ ialah mencipta musuh dalaman, disaat-saat menjelang pertempuran. Itulah silap besar KJ.
Malah bagi PM DS Najib Razak membayangkan LID diteruskan dan akan kembali diadakan di Langkawi tempat asal dialog tersebut, tahun hadapan.
KJ sepatutnya meletakkan dirinya sebagai panglima, bukan menjadi pencetus masalah kepada batalion yang dipimpinnya. Sikap dan pendekatan KJ sebagai Ketua Pemuda tidak seharusnya sebagai check & balance disaat-saat menghadapi suatu perang besar. Psikologi pasukan perlu dijaga dan harus fokus kepada pertempuran. Sebenarnya itulah kehendak pemuda, jika tidak masakan keputusan sebulat suara terhasi dalam menyaingi Himpunan BERSIH 2.0.
Melainkan, ketika parti sedang kuat mungkinlah boleh dilaksanakan pendekatan yang dibuat oleh KJ. Soal berunding, berbincang dan berforum dengan pembangkang tidak memberikan impak yang begitu besar kerana pada saat ini pembangkang khususnya PAS menutup perundingan. Perdebatan mahu pun forum hanya lebih menjurus kepada pernyataan idea tetapi tanpa sebarang titik pertemuan yang boleh dijadikan keputusan bersama. Ringkasnya, Pemuda UMNO tetap dengan pendiriannya dan begitu juga pihak lawan, tetap dengan pendiriannya.
Nasihat saya kepada KJ rapatkan dulu Pemuda UMNO dan kuatkan dulu pengaruh, seterusnya letakkan diri anda sebagai ikon, barulah anda boleh memukul parti anda sendiri. Malah yang lebih penting, jangan sekali lukai hati orang-orang tua yang masih berpengaruh. Kesilapan demi kesilapan yang anda lakukan, maka hanya melayakkan anda untuk memimpin platun dan bukannya batalion!
3 comments:
Layakkah KJ memimpin platun untuk bertempur?
Jawapannya mudah: Rujuk kembali pemilihan KP yang lalu. Adakah masuk dek akal apabila seluruh pemuda akar umbi menolak KJ tetapi KJ boleh menang pemilihan? Suara akar umbi tak sampai pada perwakilan kah? Dirasuahkah? Perwakilan tak menjadi suara akar umbi?
Bukan sahaja kepimpinan Ketua Pemuda patut dinilai kepimpinannya tapi juga sayap2 lain termasuk Wanita dan Puteri. Tidak kah UMNO merasai kurang "OOMPH" atau "POWER" pada pergerakan parti yang sedia ada. Dulu di era Tun Mahathir menjadi Presiden, MAJLIS TERTINGGI begitu disegani dan sayap-sayap PEMUDA dan WANITA sahaja pun sudah cukup digeruni. Tapi sekarang Presiden dan Timbalan Presiden kena jalan sendiri tanpa kekuatan tenteranya. Sekarang KJ selaku Ketua Pemuda tak usah kata nak mempertahankan cakap2 Presiden sebaliknya Presiden cakap lain dia pun begitu. Presiden kata 1Malaysia, KJ kata Malaysia Baru. Presiden kata Langkawi Internatinal Dialogue diteruskan, KJ kata dihentikan. Timbalan Presiden kata ..tak usah pergi ke Perhimpunan Bersih mengelak sebarang pertembungan, KJ kata nak pergi jugak apa jadi, jadilah. KJ jugak tidak menghormati pimimpin2 lama UMNO seperti Tun Mahathir. Kalau dah tak sealiran mengapa Presiden membenarkan dia menjadi Ketua. Dato Nabib kena lantik Naib Pemuda untuk memangku jawatan Ketua sebab KJ sudah membahayakan pergerakan pemuda bila dia sudah tak mendengar cakap.
Ada duit semua jadi.
Post a Comment