Thursday, June 23, 2011

Mufti Selangor Fatwakan ASB/ASN Bercanggah Dengan Syara'

Tidak halal dengan sendirinya bermaksud haram?

Terjumpa surat ini di blog PPIM.

4 comments:

Anonymous said...

Kalau macam tu suruhle dia tolong uruskan modal PNB yang mengikut syariah seperti yang dia wawarkan jangan main cakap saja, jangan2 prinsip perakaunan pun dia tak faham..

Anonymous said...

menurut artikel dari utusan, dikatakan fatwa tersebut mengelirukan dan tidak benar.

Mufti itu sendiri mengaku ada mengeluarkan surat tersebut tetapi ianya tidak difatwakan lagi dan perlu lebih perbincangan.

abatan Mufti Negeri Selangor mengesahkan ada mengeluarkan fatwa dan surat tersebut kepada sebuah pengendali laman sesawang.

Katanya, fatwa itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor ke 2/2011 pada April lalu.

Bagaimanapun, surat berkenaan dikeluarkan hanya untuk simpanan peribadi pengendali laman sesawang berkenaan dan bukannya untuk disiarkan kepada umum.

"Kami telah mengarahkan pengendali laman sesawang islamituindah untuk menarik balik siaran surat itu," kata jurucakap jabatan tersebut.

Selanjutnya baca disini ---> http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0614&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm&arc=hive

Akar Umbi said...

anon 8:06,

terima kasih atas maklumat anda!

Anonymous said...

Aku pelik betul dengan sikap mufti-mufti di Malaysia. Suka hati dia nak tetapkan halal dan haram.

Dulu mufti Perak kata tarian poco-poco haram, tapi mufti di negeri lain kata halal.

Sekarang, mufti Selangor kata ASN/ASB haram, tapi mufti di negeri lain kata halal.

Jadi, aku jadi KELIRU. Orang Islam Perak tak boleh menari poco-poco tapi orang Islam negeri lain boleh.

La ni, orang Islam Selangor kena keluarkan duit ASB sebab haram, tapi orang Islam negeri lain boleh.

Kenapa mufti sewenang-wenang keluarkan fatwa? Nak glemer ke...?

Pada pendapat aku, sepatutnya mana-mana mufti yang ingin mengeluarkan fatwa perlu berbincang dengan mufti-mufti di Malaysia. Malaysia mempunyai 14 mufti, tidak bolehkah mereka berbincang?

Bukan semua pendapat kita betul dan benar walaupun mufti, justeru pendapat daripada rakan-rakan mufti yang lain amat perlu.

Jika Majlis Mufti berpendapat ASB/ASN haram, maka keluarkan fatwa haram satu Malaysia.

Jadi orang Islam di Malaysia tidak keliru. Aku pula akan keluarkan duit ASB/ASN dengan segera dan masukkan dalam Tabung Haji.