Sunday, September 4, 2011

Fahamkah Idris Jala Dengan Jihad Ekonomi?

Setelah Waqaf Korporat dibangunkan, penswastaan syarikat GLC harus memberi keutamaan kepada mereka. Barulah penswastaan syarikat GLC dapat dijayakan mengikut acuan dan pendekatan Islam tanpa mengenepikan “semangat DEB”. Menerusi kaedah ini juga pendirian yang jelas dilihat membela kepentingan rakyat terbanyak dan melindungi kepentingan hak golongan miskin dan terpinggir pasti disambut baik oleh semua rakyat Malaysia. [Tan Sri Muhammad Ali Hashim]

Tokoh korporat Tan Sri Muhammad Ali Hashim sekali lagi mencadangkan penubuhan Waqaf Korporat yang bermatlamatkan keadilan sosial dalam konteks Islam dan bangsa Melayu.

Pandangan beliau, seharusnya diberi perhatian dalam mengimbangi suasana perniagaan hari ini yang lebih fokus pada KPI dan berorientasikan keuntungan. Oleh kerana terlalu terikat dengan KPI, gagal jayanya pengendali organisasi korporat khususnya CEO adalah bergantung kepada sejauh mananya mereka dapat memenuhi piawaian KPI yang ditetapkan kepada mereka.

Saya berpandangan, saranan yang dibuat oleh tokoh korporat berkenaan, wajar diberi perhatian, khususnya kepada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri, agar pengurusan baitulmal akan dapat diperkasakan dan memberi pulangan yang amat bermakna demi kesejahteraan ummah.

Andainya penetapan KPI mengambilkira jihad ekonomi sebagai weightage dalam pencapaian KPI berkenaan, maka dengan sendirinya cadangan yang diutarakan oleh Ali Hashim pastinya tidak perlu diperbahaskan.

3 comments:

sesejuk mata memandang said...

Apa juga jika saranan dibuat oleh mana mana individu samaada bergelar atau tidak tidak akan di pandang oleh pemimpin khusus nya pemimpin UMNO kerana ide yang baik bukan diilham atau di cetus atau keluar dari mulut mereka.

Sebalik nya jiak ide yang baik atau bagus cuma bisik sahaja dan mereka yang umumkan maka ia akan jadi satu ide hebat yang terkeluar dari mulut pemimpin UMNO.

Jadi tak payah desak lah .. meeka tak akan dengar dan teliga mereka akaan tuli serta mulut jadi bisu.

Tak percaya?? lihat saja apa yang diucapkan oleh pemimpin akan tersu disahut oleh bedukang bedukang pencacai pengampu.

Jadi untuk TS , jika ada ide yang bernas , cuma bisik-bisik lah .. pasti akan menjadi kenyataan

Anonymous said...

saya rasa idris jala tak akan faham apa itu jihad,sebab dia tak sunat.

oppositionrulez said...

Idris Jala ni kena main Catur Bistari KFC tu, baru dia tau jihad bisnes.