Friday, September 9, 2011

Idola Mat Sabu @ Dr Burhanuddin Sebenarnya Tak Tercalon Untuk Jawatan YDPA

Bukan tujuan untuk menidakkan usaha-usaha Dr Burhanuddin memimpin gerakan kemerdekaan melalui Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), tetapi sebenarnya ingin memberitahu bahawa Dr Burhanuddin sebenarnya antara pemimpin pertubuhan Melayu yang menandatangani Piagam UMNO pada semasa Kongres Melayu 2 di Johor Baharu pada 11 Mei 1946.

YDPA dalam tajuk di atas sebenarnya adalah merujuk kepada Yang Dipertua Agong (sekarang dipanggil Presiden) UMNO.

Sebelum itu pada Mac 1946, Dr Burhanuddin juga terlibat dalam juga mengetuai delegasi PKMM ke Kongres Melayu yang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Fakta ini tercatat dalam buku-buku berkenaan kelansungan perpaduan Melayu melalui Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Rujuk artikel awal di SINI.

Bukan untuk mempersendakan Dr Burhanuddin, tetapi sejarah telah mencatatkan bahawa Dato' Onn Jaafar telah dipilih sebagai YDPA UMNO yang pertama dengan sokongan sebulat suara. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa Dr Burhanuddin tidak tercalon langsung untuk memimpin harakah perpaduan Melayu.

Mungkin, perkara ini telah mendorong PKMM menarik diri dari UMNO semasa mesyuarat di Ipoh, hanya kerana cadangan terhadap 'bendera UMNO' telah ditolak oleh ahli persidangan semasa persidangan di Ipoh pada Jun 1946. Penarikan diri oleh PKMM juga dituruti oleh Persatuan Melayu Jawatan Rendah Selangor.

Memang benar, sejarah telah mencatatkan bahawa PKMM adalah parti terawal berbanding UMNO, namun perlu dijelaskan bahawa PKMM adalah cenderung kepada idea komunisme semasa kepimpinan Mokhtarudin Lasso dan cenderung kepada konsep Melayu Raya, iaitu merdeka bersama kepimpinan Sukarno di Indonesia. [Rujuk Wikipedia]

Seperkara yang perlu difahami, bahawa trend yang cuba dibawa oleh PKMM tidak mendapat sambutan daripada majoriti rakyat. Walau pun PKMM diharamkan, Dr Burhanuddin telah diangkat sebagai YDPA PAS yang pertama. Tetapi ini tidak cukup untuk mereka mendapat undi majoriti dan cuma menang 1 kerusi dari 52 kerusi semasa PRU1955. [Rujuk keputusan di SINI]

Berdasarkan kepada fakta-fakta di atas, saya tidak nampak logiknya kenyataan Mat Sabu berhubung teorinya bahawa, jika referandum diadakan oleh British, Dr Burhanuddin akan dipilih oleh rakyat berbanding Tunku Abdul Rahman. Rasanya, tidak keterlaluan untuk saya menyimpulkan bahawa 'teori Mat Sabu' adalah lebih terdorong kepada kenyataan bahawa Dr Burhanuddin adalah YDPA PAS yang pertama!

1 comment:

Anonymous said...

Mat Sabu berfikir secara Syiah iaitu yang sebenar menjadi khalifah selepas wafatnya Rasulullah s.a.w. adalah Saidina Ali dan bukannya Saidina Abu Bakar. Selalu melihat kepada kejadian sejarah untuk menyalahkan orang lain serta menegak benang basah sendiri.