Thursday, May 3, 2012
Piket Pemandu Lori Kontena Boleh Jejas Urusan Perniagaan Harian
Hari ini adalah hari kedua pemandu-pemandu lori kontena Pelabuhan Klang berpiket. Bukan sekadar berpiket, hampir semua prime mover tidak bergerak dan kelihatan di jalanraya dan lebuhraya di Lembah Klang.
Melalui tinjauan di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang, pemandu-pemandu ini berpiket secara aman dan menggantung banner yang berbunyi "KAMI TAK NAK TUNGGU LAMA DALAM DEPOH".
Kedengaran ejekan dan cemuhan peserta-peserta piket bila terhadap rakan sejawat mereka yang memandu prime mover yang melintasi kawasan mereka berpiket, meskipun tanpa treler.
Difahamkan bahwa ketidakpuasan hati pemandu-pemandu lori kontena berpunca dari kenaikan caj kendalian di depoh kontena dari RM5 kepada RM20 untuk unit 20 kaki. Oleh kerana amalan sebelum ini, bayaran dibayar secara tunai oleh pemandu sendiri, makan kenaikan 4 kali ganda ini adalah terlalu membebankan.
Pada masa yang sama, kenaikan caj tersebut tidak membawa sebarang perubahan kepada servis depoh-depoh berkenaan. Sebaliknya mereka masih menunggu hingga 3 jam untuk menyempurnakan tugasan mereka.
Dalam tempoh dua hari piket ini, belum nampak sebarang tanda penyelesaian. Oleh yang demikian, adalah wajar bagi pihak-pihak berwajib menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera.
Andai perkara ini berlarutan, ini akan memberikan kesan yang amat buruk dalam transaksi import-eksport, malah boleh menjejaskan ekonomi negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment