Sementara itu, petang tadi seorang rakan memberitahu bahawa beliau mendapat maklumat BN Selangor juga telah mengenalpasti calon-calonnya di Selangor.
Menurutnya, ADUN-ADUN BN yang menang mempunyai harapan cerah untuk dicalonkan semula. Cuma beberapa calon yang telah berusia seperti Raja Dato' Idris (Sg Air Tawar), mungkin akan memberi laluan kepada muka baru.
Dalam pada itu ada yang mengatakan Dato' Abdul Rahman Palil (Sementa) telah mengumumkan untuk tidak bertanding, namun tidak diketahui kebenarannya.
Kedudukan Dr Khir Toyo juga menjadi tandatanya, ekoran kes mahkamah yang sedang dihadapinya. Andainya PRU diadakan dalam tahun ini juga, kemungkinan untuk beliau dicalonkan semula boleh dikatakan tipis. Melainkan MB Selangor TS Khalid Ibrahim enggan membubarkan DUN, bagi membolehkan PRN diadakan berasingan.
Disamping itu, rakan tersebut turut memberitahu bahawa peluang untuk mereka yang tewas pada PRU12 adalah tergugat. Peluang kepada muka-muka baru adalah terbuka luas. Malah kemungkinan ramai Ketua UMNO Bahagian tidak tercalon adalah sukar untuk dinafikan.
Jika BN menang di Selangor pada PRU13, siapakah calon MB Selangor? Mungkinkah DS Noh Omar, Ketua Pembangkang Dato' Satim Diman atau pun pendatang baru? Kemungkinan bagi pendatang baru adalah amat besar dan biarlah menjadi rahsia pucuk pimpinan.
No comments:
Post a Comment