Monday, September 26, 2011

SJKC & SJKT Dapat RM100 Juta, Sekolah Agama Rakyat Dapat RM000,000 Juta

Sesuatu yang amat menarik dengan pelancaran yayasan pendidikan atas nama "Community Chest" dan dipengerusikan oleh Pengerusi merangkap CEO Genting Berhad Tan Sri Lim Kok Thye. [Laporannya klik SINI].

Sebagai permulaan sejumlah RM26.1 juta telah diagihkan oleh yayasan berkenaan kepada 62 sekolah seluruh negara.

Yayasan ini yang khusus untuk membantu SJKC dan SJKT serta sekolah-sekolah mubaligh, tetapi tidak melibatkan sekolah-sekolah agama rakyat, akan memperuntukkan sumbangan RM100 juta setahun.

Merujuk kepada Bajet 2011, sejumlah RM250 juta diperuntukkan dalam bantuan modal kepada sekolah-sekolah agama yang turut dikongsi dengan SJKC, SJKT, sekolah mubaligh dan juga sekolah bantuan kerajaan.

Ini bermakna sekolah agama rakyat dan sekolah bantuan kerajaan, sekadar terliur dan hanya bergantung sepenuhnya kepada peruntukan kerajaan.

Cuma kelebihan sekolah agama rakyat ialah peruntukan per kapita berjumlah RM95 juta, itu pun 70% daripadanya adalah untuk emolumen guru-guru dan 30% untuk pengurusan sekolah.

Akhirnya, sekolah-sekolah agama rakyat kekal dhaif dan mungkin itu selayaknya bagi pengajian agama yang didedah dengan suasana zuhud???

Ingatan kepada tokoh-tokoh perniagaan Islam, jangan pura-pura tidur!

2 comments:

Anonymous said...

Assalamuallaikum untuk semua,

Ni yang paling aku sedih... Pendidikan Islam amat ketinggalan. Guru-guru sekolah agama semuanya...seluruh negara di kategorikan dibawah paras tahap kemeskinan. Nama je pemimpin kita Islam, Sultan kita Islam, ramai orang kaya dari golongan Islam...tapi hampas.

Bukak le mata tu ooi...anak aku nak cari sekolah agama Islam pun cukup payah !!! Guru-guru agama terpaksa buat second job nak menyara keluarga.

Anonymous said...

tuan,

AKU BUKAN NAK KATA LA DAH PENGERUSI NYA CHA YA NUN ALIF, MESTI BANTU BANGSA DIA PUNYE. LAGI SATU SEKOLAH AGAMA TAK KEBULUR NGAN DUIT DEPA SEBAB SAH-SAH DANA TU DATANG DARI SUMBER SYUBHAH... AL MAKLUMLA DARI GENTING... TAK NAK AKU. SEPATUTNYA SYARIKAT GLC IKUT SAMA TUBUG DANA DAN TOLONG SEKOLAH AGAMA NI, JADIKAN ANAK ANGKAT. JGAN LAGI SUMBANG DANA KAT SJKC DAN SJKT TU. DEPA DAH BANYAK MAKAN DUIT.. BODEK NO 1..