Sunday, January 1, 2012

Berselerakah Adam Adli Makan Nasi Ini Di Lokap?

Nasi di atas bukan nasi bungkus makanan Adam Adli semasa di lokap. Sebaliknya, nasi ini merupakan hidangan kesyukuran masyarakat Jawa menerima 'orang baru' (bayi yang baru dilahirkan) sejak turun temurun.

Nasi ini dihidangkan oleh kakak ipar saya kerana mendapat cucu yang baru dilahirkan pada 31 Disember 2011.

Nasi ini berlaukkan ikan kering, serunding, pucuk ubi, taugeh dan kacang panjang. Inilah adat turun temurun. Makanan inilah yang saya tunjukkan kepada anak-anak, betapa susahnya nenek moyang mereka dan inilah bentuk makanan yang mampu disajikan sebagai tanda kesyukuran mereka.

Saya syorkan makanan ini untuk Adam Adli dilokap supaya dia tahu betapa susahnya generasi yang terdahulu.

4 comments:

Anonymous said...

Tu macam nasi ambeng je. Kalau orang Jawa memang suka sebab makan dalam talam ... tak habis boleh tapau terus. Sebab tu orang jawa hubungan kekeluargaan dan persaudaraannya akrab.

Tapi kalau nak bagi Adam Adli makan berikan aje nasi kucing. Biar dia rasa duduk lokap barang 6 purnama adanya. Baru padan muka!

Akar Umbi said...

anon 9:02,

cuma macam nasi ambeng. Nasi ambeng ada lauk ayam kicap, tapi ini berlaukkan ikan kering semata. Nasinya adalah nasi lemak.

Ini adalah "nasi urep"...

usin said...

menu untuk adam adli kalau masuk lokap, nasi kangkang je. biar bodoh terus. ada otak buat perangai bodoh.

Dot said...

AU,

ambo cadang bui nasik air je...campur kepala bilis goreng ngn batang sawi...biar dia rasa betapa susahnya nak cari sesuap nasi jika tidak ada pelajaran & pekerjaan...

budak aa ni bukannya boleh dibuat baik, semakin biadap ada la...