Najib Dijangka Temui 20,000 Warga Industri Di Selangor, Jumaat IniSHAH ALAM, 4 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka bertemu kira-kira 20,000 warga industri di semua sektor pada 7 Jan ini di Pusat Kecemerlangan Proton dekat sini sempena program Nurani Rakyat di Selangor selama dua hari bermula Jumaat.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata Perdana Menteri akan meluangkan masa bertemu dengan warga industri dalam di Selangor serta meluangkan masa makan tengah hari pada program anjuran Proton.
Beliau berkata dua buah kereta sumbangan Proton bakal diberikan dalam cabutan bertuah yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri.
"Datuk Seri Najib akan memulakan kunjungan beliau kali ini di Hulu Selangor Jumaat ini bersama warga Felda Gedangsa dan sembahyang Jumaat di Masjid Pekan Kuala Kubu Bharu dan makan tengah hari bersama rakyat dan pemimpin di empat Parlimen iaitu Hulu Langat, Sabak Bernam, Sungai Besar dan Tanjung Karang," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.
Mohd Zin berkata Perdana Menteri juga akan melancarkan Majlis Komuniti 1Malaysia peringkat kebangsaan di Bukit Sentosa pada hari yang sama.
Beliau berkata Najib juga akan mengadakan perjumpaan dengan 2,500 pegawai dan kakitangan agensi persekutuan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, pada sebelah pagi, Sabtu ini.
-- BERNAMA
Thursday, January 5, 2012
Najib Akan Bagi Kata Dua Pada Rozali Ismai (CEO Syabas) Di Gedangasa?
Hujung minggu ini, Najib bakal kembali ke Selangor. Antara lokasi yang bakal dikunjungi ialah Felda Gedangsa, iaitu gugusan Felda tempat asal Rozali Ismail.
Rozali, kebelakang ini diselubungi kontroversi, dengan desas desus dikatakan sebagai sedang melobi kerusi MB Selangor. Tidak kurang juga dengan desas desus sebagai antara anak Felda yang menentang penyenaraian FGV.
Namun kehadiran Najib di Gedangsa bukan nak jumpa Rozali.
Berbalik kepada kesibukan hujung minggu Najib yang bakal dihabiskan di Selangor, selain dari kesungguhan Najib menawan Selangor, ia juga mungkin untuk pusingan akhir pertemuannya dengan pelbagai komuniti di Selangor.
Disamping lawatan ke Gedangsa, pertemuan Najib dengan 20,000 warga industri Selangor akan berlangsung di Shah Alam. Dilihat dari segi sasaran kehadiran perjumpaan, nyata ia bukan sedikit. Pastinya, ia bukan khusus untuk pengundi di Selangor, malah ia merangkumi pengundi-pengundi yang bakal balik mengundi di kampung masing-masing.
Dipihak PR jangan cuba pandang ringan terhadap impak perjumpaan tersebut.
Pertemuan demi pertemuan dengan pelbagai komuniti ini, adalah petanda parlimen akan dibubarkan dalam tempoh terdekat.
Berikut, aturcara Najib di Selangor yang dipetik dari BERNAMA;
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment