Sunday, January 1, 2012

Ronnie Liu Kenakan Syarat Pada Khalid Ibrahim Untuk Atasi Sabotaj Aziz Bari

Percubaan Aziz Bari untuk mengenakan Khalid Ibrahim, bila Ronnie Liu tampil dengan untuk menyelamatkan keadaan tetapi dengan bersyarat.

Sepanjang Karnival Mega Selangor Bumper 2011 2012 berlangsung (24 Disember 2011 - 1 Januari 2012), sambutan begitu hambar. Ditambah pula dengan saingan dari Karnival Sayangi Selangor anjuran BN, jumlah pengunjung ke karnival kerajaan negeri semakin merudum.

Bagai suatu usaha untuk menjadikan bilangan kehadiran pengunjung menjadi semakin kurang, program Aziz Bari atas nama "NGO Pencetus Gerakan Rakyat" yang berlangsung pada malam 31 Disember 2011, secara tidak langsung menjadi saingan kepada karnival mega kerajaan negeri.



Memandangkan karnival mega berlangsung di dalam kawasan DUN Ronnie Liu, tentunya kegagalan karnival tersebut akan menjadi tamparan kepada dirinya sendiri.

Lantas, beliau tampil dengan hiasan tanglung disepanjang jalan ke tapak karnival. (Lihat gambar-gambar di atas). Disamping itu, di pentas persembahan bagai wujud perjanjian antara Ronnie Liu dengan Khalid Ibrahim. Persembahan dikuasai dengan pertunjukan kebudayaan Cina. Malah juruacara khusus dalam bahasa Mandarin diletakkan disamping juruacara Melayu. Malaysia sudah hampir 55 tahun merdeka, masih adakah yang tidak faham Bahasa Melayu?

Anggaran kehadiran pada ketika tinjauan dibuat (11.20pm) ialah sekitar 2,000 orang.


Sementara itu, dipihak Aziz Bari pula ternyata programnya gagal. Kalau tanpa sokongan dari PAS Kota Raja, pastinya Aziz akan berucap seorang diri di padang Stadium Kota Raja (Padang Sultan Sulaiman).



Kehadiran ke majlis tersebut, yang diumumkan sendiri oleh Aziz Bari ialah seramai 200 orang. Mungkin untuk menyedapkan hati sendiri, dalam ucapannya, Aziz mengungkap "Meskipun 200 orang yang datang, moga tiap-tiap yang hadir akan menyampaikan mesej kepada yang tidak hadir".

Dari dua lokasi ini, bahawa kini PKR kelihatan terlalu bergantung kepada DAP dan PAS untuk menyambung hayat politik mereka!

1 comment:

Anonymous said...

kalau adakan persembahan wayang dan konset cina pasti ramai nie seperti fullmoon festival kat tokong!!!