Agaknya, bila Ustaz Badrul Amin menjadi Pengarah Penerangan Selangor, perkara pertama yang difikirkanya ialah cari makan. Dek kerana berfikir demikian, maka prestasi tidaklah sebaik yang diinginkan, samada oleh MB Khalid Ibrahim, Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali dan juga Penasihat Ekonomi Selangor Anwar Ibrahim.
Kegagalan Karnival Mega Selangor Bumper 2011-2012 yang mana Barul Amin turut terlibat melalui Urusetia Unit Penerangan, adalah contoh yang amat jelas betapa tidak kompetennya beliau dalam menggerakkan saraf PR di Selangor.Berbeza dengan Karnival Sayangi Selangor yang berlansung hampir serentak dengan karnival anjuran kerajaan negeri Selangor, Karnival Sayangi Selangor adalah lebih berani dengan menampilkan logo BN.
Dengan penampilan logo BN dan dituruti sambutan yang lebih menggalakkan berbanding Karnival Mega Selangor, maka dengan sendiri dapatlah dinilaikan bahawa BN kini lebih mendapat perhatian di Selangor.
Meskipun Badrul Amin mempunyai ruang yang luas menguasai pentas ceramah di Karnival Mega Selangor, namun dalam fokus untuk Kempen Bebaskan Anwar 901 amat kurang sama sekali.
Sebaliknya, Badrul Amin lebih meletakkan dirinya sebagai model yang memperagakan 'Songkok Bugis'. Beliau tanpa segan silu membuat promosi keatas songkok bugis yang dipakainya, malah mengumumkan kewujudan gerai songkok Bugis di Karnival Mega Selangor dan meminta pengunjung membeli songkok berkenaan.
Kalau berdasarkan maklumat yang ditulis oleh pembaca blog MIK di atas, mengesahkan bahawa Badrul Amin adalah berketurunan Bugis. Jadi tidak hairanlah, promosi songkok Bugis ini dibuat oleh beliau.
Kalau berdasarkan maklumat yang ditulis oleh pembaca blog MIK di atas, mengesahkan bahawa Badrul Amin adalah berketurunan Bugis. Jadi tidak hairanlah, promosi songkok Bugis ini dibuat oleh beliau.
Namun begitu, timbul persoalan apakah Khalid Ibrahim membayar gaji yang rendah kepada Badru Amin sebagai Pengarah Penerangan Selangor dan layak menerima skim BR1M? Jika tidak masakan Badrul Amin melakukan kerja part time sebagai 'Peragawan Songkok Bugis'!
3 comments:
Untuk pengetahuan encik..di Selangor ada ramai Bugis...baik di Bernam, Kuala Selangor, Klang, Langat dan juga Lukut.
Baca dulu sejarah ek..
Aku pon sebenarnya teringin nak pakai songkok to bone ni...nanti nak pergi cari.
Semoga Badrul Amin sentiasa sihat sejahtera dari keturunan Bugis Luwuq (anak jati Bernam Selangor).
sabak bernam,
apa pulak tak payah baca sejarah kerana akar umbi sedia maklum dan juga anak jati selangor.
dr hasan ali keturunan bugis, salah silah kesultanan selangor juga dari keturunan bugis.
termasuk juga asal-usul PM Ds Najib!
Post a Comment