Saturday, January 7, 2012

Dr Mahathir Memang Nak Tengok Najib Menang

Meskipun bukan lagi berjawatan PM, Tun Dr Mahathir masih lagi punya aura yang mengancam.

Pagi tadi, di Perjumpaan PM Bersama Warga Industri Selangor beliau telah diberi penghormatan untuk berucap. Mungkin ada 2 sebab yang Tun M turut diberi peluang. Pertama, beliau merupakan "Bapa Perindustrian Malaysia" dan yang kedua beliau adalah penasihat Proton, yang menjadi tuan rumah perjumpaan tersebut.

Bila beliau tampil ke rostrum, maka berebut-rebutlah jurufoto, malah yang bukan amatur pun turut serta untuk mengambil foto beliau. Disamping itu, tepukan yang diterima begitu bergemuruh sekali.

Bagi saya perjumpaan ini adalah Rali BN. Ucapan Tun M, mahu pun PM lebih menjurus kepada sokongan terhadap BN. Malah logo BN terpampang di banner program berkenaan. Perkara yang lebih penting, Tun M mahu warga industri beri mandat kepada Najib.

Nyata yang bahang PRU13 semakin bertambah hangat.

No comments: