Saturday, January 7, 2012

Lelaki Ini Bakal Calon BN Di Selangor?

Dalam menyebut senarai protokol VIP sebagai pembuka kata ucapan DS Najib Razak di Majlis Perjumpaan PM Bersama Warga Industri Selangor; salah seorang yang disebut, ialah Pengerusi Program berkenaan iaitu Dato' Elias Kadir (gambar atas). Bila disebut nama tersebut, saya lihat di pentas utama, DS Zin Mohamed dan Dato' Satim Diman yang saling duduk bersebelahan bertepuk tangan.

Apakah peranan Dato' Elias dalam UMNO dan BN Selangor?

Saya pernah menghadiri program UMNO Selangor dan beliau menjadi pengendali program. Cuma setakat itu sahaja.

Sebagai seorang yang terlibat dalam bidang transport (logistiks & perkapalan), saya mengenali beliau sebagai pernah menerajui Klang Port Management (pengendali urusan pelabuhan), yang sekarang dikenali sebagai Northport Corporation Bhd, setelah penggabungan dengan Klang Container Terminal.

Sekarang beliau ialah CEO Cargo Division KTMB.

Mungkinkah beliau antara yang bakal dinamakan sebagai calon BN di Selangor kelak?

No comments: