Saturday, November 30, 2013

Giliran Rafizi Ramli Pula Malukan Khalid Ibrahim


Ketika ditanya dalam satu forum pemimpin Pakatan Rakyat samada wajar Selangor akan menjadi contoh kepada pelan pendidikan percuma, Rafizi Ramli menjadi agak pesimis terhadap kewajaran tersebut dan akhirnya mengakui bahawa kerajaan pimpinan Khalid tidak berkemampuan

Memetik laporan The Malaysian Insider, Rafizi memberi alasan 
“Pendapatan rezab kerajaan negeri Selangor lebih kecil daripada RM3 bilion. Punca kewangan negeri terlalu sedikit iaitu hanya daripada premium tanah.,"
Kenyataan Rafizi itu dengan sendirinya mendedahkan rezab negeri adalah termasuk jumlah peruntukan penyelenggaraan MARRIS yang tidak dibelanjakan oleh kerajaan negeri. Saban tahun juga menunjukkan penerimaan peruntukan MARRIS dari kerajaan persekutuan adalah lebih tinggi berbanding kutipan cukai tanah.

Analisa 2 jadual di bawah untuk membanding cukai tanah dengan penerimaan peruntukan MARRIS untuk tempoh 2007 - 2011 yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara:-


Tentunya Rafizi punya alasan untuk menyimpulkan rezab negeri adalah pada jumlah yang lebih kecil, memandangkan penggunaan peruntukan MARRIS untuk tujuan lain telah dikesan oleh  Ketua Audit Negara. Malahan, Ketua Audit Negara telah mengarahkan pelarasan dibuat keatas akaun negeri, seperti tertera di muka surat 37 laporan berkenaan.

Rujuk petikan di bawah,


Andaikata Ketua Audit Negara membuat keputusan supaya dikeluarkan jumlah peruntukan MARRIS dari akaun rezab negeri untuk diselaras semula kedalam jurnal peruntukan MARRIS, maka telahan Rafizi terhadap amaun rezab negeri ada asas dan kebenarannya.

Sementara itu, Khalid sendiri telah mengakui bahawa peruntukan MARRIS telah dimasukkan kedalam rezab negeri, baca SINI.

1 comment:

Anonymous said...

Kerajaan pusat kena cerdik dlm perkara ini...buat satu peraturan ,bahawa peruntukkan MARRIS tahun berikutnya hanya akan diberi bila peruntukkan terdahulu telah digunakan hanya untuk tujuan pembaikkan dan senggaraan jalan....kuasa kat tangan kerajaan pusat,tepuk dada tanya selera