Bukan bertujuan untuk mengaibkan Aishah Wahab dan keluarganya, mangsa 'perhambaan ideologi' yang diselamatkan oleh pihak berkuasa Britain, tetapi kisah beliau cukup untuk menjadi teladan kepada generasi muda hari ini.
Aishah yang dilaporkan melanjutkan pelajaran di London pada 1968 melalui tajaan Biasiswa Commonwealth, dikatakan seorang pelajar pintar diusia mudanya.
Meskipun telah bertunang, malah pemergiannya ke London adalah bersama tunangnya, Aishah sanggup membuang cincin pertunangan ke Sungai Thames semata-mata taksub dengan ideologi Moist, melalui pengaruh Aravindan Balakrishnan (lebih dikenali sebagai Komrad Bala), baca SINI.
Jika Aishah meneruskan niat awalnya iaitu melanjutkan pengajian, mungkin beliau telah menjadi 'seseorang' di negaranya.
Adalah jelas bahawa Aishah menjadi mangsa kepada 'pengaruh zaman'nya. Sesungguhnya, pengalaman yang dilaluinya sewajarnya menjadi 'pengajaran' yang amat bermakna kepada generasi muda hari ini.
Dalam bahasa yang lebih mudah, adalah dinasihatkan jangan sia-siakan usia muda anda.
Namun begitu, mykmu.net menzahirkan pandangan yang tersindiri terhadap isu Aishah. Teruskan membaca SINI.
No comments:
Post a Comment