Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai asas untuk bertegas untuk mengadakan PRU13 secara serentak yang melibatkan keseluruhan Parlimen dan DUN (kecuali Sarawak) secara serentak.
Berita Harian melaporkan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR Dato' Wan Ahmad Omar,
"SPR akan tetap buat pilihan raya (negeri dan Parlimen) secara serentak...ini kerana jika dibuat secara berasingan ia akan melibatkan perbelanjaan yang besar, buang masa rakyat dan akan berlaku pembaziran,"Perkara ini ada kewajarannya memandang secara keseluruhannya Parlimen dan semua DUN semakin menghampiri tarikh matang. Oleh yang demikian, PRU secara berasingan memerlukan kos tambahan yang diangarkan RM20 juta setiap negeri.
Malahan bagi Selangor yang begitu beria-ria untuk mengadakan PRU berasingan, sebanyak RM35 juta diperlukan kerana bilangan pengundi yang ramai berbanding dengan negeri-negeri lain.
No comments:
Post a Comment