Tuesday, March 19, 2013

Anwar Semakin Lemah & Hilang Wibawa Kendali Pakatan Rakyat - DAP & PAS Mula Isytihar Calon Di Kawasan-Kawasan Milik PKR


Jika dilihat rentetan peristiwa dalam beberapa hari kebelakangan ini, tidak salah untuk disimpulkan bahawa Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim kini semakin lemah dan hilang wibawa untuk mengendali Pakatan Rakyat.

Hakikatnya rasa hormat sebagai ketua terhadap Anwar semakin terhakis, bila satu persatu kerusi-kerusi yang pernah ditandingi oleh PKR dalam PRU12 telah mula ditagih oleh DAP dan PAS.

Dengan bermula di Bentong, DAP telah mengumumkan untuk meletak Wong Tack (pemimpin gerakan Anti-Lynas) sebagai calonnya di kawasan parlimen berkenaan, meskipun pada PRU12 calon PKR G. Ponusamy pernahpernah bertanding di sana.

Kemudian diikuti pula dengan pengumuman Lim Kit Siang pula sebagai calon di kawasan parlimen Gelang Patah (juga ditandingi oleh PKR semasa PRU12). Mungkin kerana Lim Kit Siang adalah big brother kepada Anwar, maka beliau telah tunduk dengan tekanan tersebut dengan mengumumkan pemimpin kanan DAP itu sebagai calon di kawasan berkenaan.


PAS juga tidak mahu ketinggalan dalam menuntut kerusi yang pernah jadi milik PKR. Di kawasan DUN Changkat Jering, PAS Perak (seperti dilaporkan oleh Harakahdaily) telah mengumumkan bekas MB Perak DS Nizar Jamaludin untuk bertanding di sana.

Untuk rekod, Changkat Jering telah dimenangi oleh PKR melalui Kapten (B) Osman Jailu, sebelum mengisytiharkan dirinya menjadi ADUN Bebas.

Jika Anwar melayani setiap tuntutan berkenaan, pasti ia akan mendapat tentangan dari dalam PKR sendiri. Malah ia juga mencerminkan yang Anwar semakin tidak dihormati didalam Pakatan Rakyat.

1 comment:

Anonymous said...

Kaki BONTOT & Bekas Banduan yg SAKIT.....sila Kit Siang..orang JOHOR dah x sabar nak MENYIANG kau..