Bila Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) berpiket, maka plakad seperti di atas yang akan digunakan oleh mereka. Maksudnya mereka merayu kepada orang ramai memberikan sokongan pada mereka.
Sebaliknya, bila giliran mereka pula untuk membantu rakyat, pelbagai alasan pula yang diberi untuk mengelak dari berkhidmat kepada rakyat. Sebabnya adalah "TAKUT MATI".
Namun begitu, kenyataan di atas dibuat oleh pihak kesatuan dan bukannya pendirian peribadi pekerja bank.
Dari tinjauan di beberapa lokasi, menunjukkan masih ada pekerja-pekerja bank yang rela berkhidmat untuk rakyat dan memperjudikan nyawa mereka. Dari temu bual yang dibuat, ternyata bahawa mereka ikhlas untuk menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat dan bukan seperti J. Solomon yang hanya mementingkan diri sendiri.
Tahniah kepada pekerja-pekerja bank yang mengenepikan pekeliling kesatuan dan kepada PDRM, syarikat kawalan keselamatan serta pihak pengelola pengagihan BR1M.
Foto-foto di bawah dengan sendirinya menjawab semua isu yang dibangkitkan oleh Solomon yang takut mati itu. Mungkin, akan ditunjukkan kepada kita semua, Setia Usaha Agong NUBE itu akan mati di atas kerusi empoknya di pejabat kesatuan.
1 comment:
Pemimpin NUBE adalah anti kerajaan/melayu..mereka akan protes kalau isu berbangkit di bank spt Maybank dan CIMB.akan buat tak tau dibank asing dan kepunyaan bukan melayu..ahli melayu di NUBE tak sedar diperbodohkan..Saya dah lama keluar NUBE sial..
Post a Comment