Friday, February 3, 2012

Ng Sue Lim Upah Orang Belasah Noh Omar?


Selangorkini menyiarkan berita yang kononnya bekas Pengerusi JKKKP Kg Melaka, Tanjung Karang kecewa dengan MP Tanjung Karang DS Noh Omar yang gagal membela nasib rakyat di kawasannya.

Namun bila saya menghubungi seorang Pengerusi JKKKP di kawasan Bestari Jaya, beliau memaklumkan tidak pasti kewujudan Kg Melaka di kawasan parlimen Tanjung Karang, malah tidak kenal dengan Osman Samsudin yang mendakwa sebagai bekas Pengerusi JKKKP. Beliau mencadangkan supaya check di kawasan Sekinchan.

Oleh kerana tiada kepastian, saya hubungi pula sahabat (berasal dari Sekinchan) di kawasan kediaman saya untuk mendapat kepastian. Sekali lagi, saya diberikan jawapan sebagai tidak pasti dan bagi sahabat saya itu, kampung berkenaan mungkin di Tanjung Karang (Daerah Kuala Selangor).

Dek kerana masih gagal mendapat kepastian, saya hubungi pula seorang sahabat pegawai kerajaan bertugas di Daerah Kuala Selangor dan jawapannya seperti dalam foto di bawah.


Maknanya, kalau dah semua orang yang ditanya tak pasti kewujudan Kg Melaka, apakah ia sekadar kawasan perkampungan hantu yang dicipta oleh Ng Sue Lim, yang sekadar untuk membelasah Noh Omar?

No comments: