Sunday, January 29, 2012

Penerima BR1M Berusia Hampir 100 Tahun Di Kawasan Parlimen Khalid Samad


Tok Nordin Ishak mungkin penerima BR1M paling tua di kawasan parlimen Shah Alam. Usia beliau menjangkau 94 tahun dan hadir untuk menerima RM500 di DUN Kota Anggerik semalam.

Seperkara yang menarik di pusat pengagihan BR1M DUN Kota Anggerik yang bertempat di SMK Seksyen 2, Shah Alam ialah pendekatan mesra OKU dan warga emas yang begitu efektif.

Tahniah kepada Penyelaras DUN BN Kota Anggerik Kamarudin Ahmad dan pasukan sukarelawan dibawahnya.

Tahniah juga kepada CIMB Bank Berhad kerana menunaikan tanggung jawab sosial kepada rakyat.

Dari kiri Osman Jamaludin (Pengurus Khidmat Pelanggan CIMB),
Kamarudin Ahmad (Penyelaras DUN Kota Anggerik) dan penerima
BR1M tertua Tok Nordin bin Ishak



OKU & warga emas dilayan di ruang khusus untuk mereka
Penyelaras DUN menyerahkan baucer BR1M kepada OKU

No comments: