Saturday, February 4, 2012

Tazkirah Sulung Ustaz Khalid Ibrahim


Dalam perutusan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1433H yang tersiar di Selangorkini, Pengerusi Portfolio Agama Selangor Ustaz Khalid Ibrahim memetik Surah Al-Anfal ayat 63,



Terjemahan ayat : Dan Dialah yang mempersatukan antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (kekayaan) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak akan dapat mempersatukan antara hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.

Ustaz Khalid menafsirkan ayat di atas sebagai "bahawa sebanyak mana pun manusia berbelanja untuk menyatukan manusia, ia tidak dapat dilakukan kerana semuanya dalam kekuasaan Allah SWT". Tapi langkah baik kalau Ustaz Khalid terus sambung ke ayat 65 surah Al-Anfal yang lebih bersemangat dan tidak patah harap,



Terjemahan ayat : Wahai Nabi, kobarkan semangat orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada antara dua puluh orang yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang musuh. Jika ada antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang daripada golongan kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) kaum yang tidak mengerti.

Kalaulah Ustaz Khalid Ibrahim gunakan ayat di atas, sekurang-kurangnya dapat menginsafkan Anwar Ibrahim yang berjuang untuk menjaga keselamatan negara Israel!

No comments: