Monday, January 23, 2012

Tiada Mercun Di Ambang Tahun Naga


Sepi pula rasanya kedatangan tahun naga 2012 tahun ini.

Telah berpuluh tahun dan memang biasa pun mendengar dentuman mercun saban tahun di malam tahun baru Cina. Kali ini begitu sepi dan bagai tidak ada apa-apa sambutan pun.

Sebenarnya, semenjak Sabtu lalu saya berada di utara Semenanjung, menziarahi saudara mara di Alor Setar, Tanjung Dawai dan insyallah akan ke Penaga pula pagi ini.

Terasa ralat juga kerana tidak dapat singgah bertemu sepupu-sepupu di Beseri dan di Changloon kerana masa tidak mengizinkan, walau pun telah sampai ke Padang Besar.

Bagi anak-anak, berasa pelik kerana telah biasa dengan dentuman mercun di malam tahun baru Cina.

GONG XI FA CAI.

4 comments:

Anonymous said...

nak rasa dentuman mercun bagai medan perang? Mari datang ke Miri.... Alarm kereta berbunyi setiap kali mercun berdentum! Tiada yang putus jari mahupun ditangkap polis..... Miri... syurga main mercun ketika CNY!!!!

amy Miri

Anonymous said...

sibu bintulu kuching best gak...kalu sibu sampai kabur jalan raya dgn asap///...yang cina ni bez main..ada manner...kalu melayu main seketul2 pastu putus jari mana kerajaan haramkan...Sarawak terbaek...1 malaysia..semua ada hak masing2...malam td penduduk kat matang boleh la,,,malas nak g pusat bandar..

Dot said...

AU,

keliling kawasan rumah ambo semalam berdentum dentam jiran2 main bunga api!! anak2 ambo tumpang seronok tengok warna warni bunga api di udara malam!!

dah 4 kotak limau + satu bakul buah & kuih bakul ambo dapat dari rakan2 kenalan cina ambo...1Malaysia di mana2...

*tumpang seronok tengok anak2 jiran bermain bunga api!!

Akar Umbi said...

ya... sebenarnya seronok bila tiba CNY... sbb berjiran dengan mereka yg berbangsa Cina...

di klang kwsn Hokkien... ada lagi pesta mercun seminggu selepas CNY.